MAZMUR 85
85
Doa untuk Kesejahteraan Bangsa
1Untuk pemimpin koir. Mazmur puak Korah.
2Ya TUHAN, Engkau berbelas kasihan terhadap negeri-Mu;
Engkau telah menjadikan Israel makmur semula.
3Engkau telah mengampunkan dosa umat-Mu
dan memaafkan segala kesalahan mereka.
4Engkau tidak murka lagi terhadap mereka,
dan telah menahan kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.
5Pulihkanlah kami, ya Allah penyelamat kami,
jangan murka lagi kepada kami.
6Adakah Engkau akan murka kepada kami selama-lamanya?
Adakah kemurkaan-Mu tidak akan padam?
7Kuatkanlah kami semula,
lalu kami, umat-Mu akan memuji Engkau.
8Tunjukkanlah bahawa Engkau tetap mengasihi kami,
tolonglah dan selamatkanlah kami, ya TUHAN.
9Aku mendengar apa yang difirmankan TUHAN Allah;
Dia menjanjikan kesejahteraan kepada kita, umat-Nya,
jika kita tidak kembali berbuat dosa.
10Pasti Dia akan menyelamatkan orang yang menghormati Dia,
supaya Allah yang agung tinggal di negeri kita.
11Kasih dan kesetiaan akan bertemu;
keadilan dan kesejahteraan akan berdampingan.
12Kesetiaan manusia akan naik dari bumi,
dan keadilan Allah akan menjenguk dari syurga.
13TUHAN akan menjadikan kita makmur,
dan tanah kita akan mengeluarkan hasil yang banyak.
14Keadilan akan mendahului TUHAN,
dan menyediakan jalan untuk-Nya.
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 85: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.