MAZMUR 87

87
Pujian bagi Yerusalem
1Mazmur puak Korah. Sebuah lagu.
TUHAN membina kota-Nya di atas bukit yang suci;#bukit yang suci: Lihat 2.6.
2Dia lebih mengasihi kota Yerusalem
daripada tempat lain di Israel.
3Dengarlah, hai kota Allah,
hal-hal baik yang disebut-Nya tentangmu:
4“Apabila aku menyenaraikan bangsa-bangsa yang taat kepada-Ku,
Aku akan memasukkan Mesir dan Babilonia;
bahkan Filistea, Tirus, dan Etiopia,#Etiopia: Lihat 68.32.
akan tergolong sebagai penduduk Yerusalem.”
5Tentang Sion, akan dikatakan
bahawa semua bangsa termasuk warga kota itu,
dan Yang Maha Kuasa akan mengukuhkannya.
6TUHAN akan memasukkan bangsa-bangsa,
dalam senarai penduduk Yerusalem.
7Mereka akan menari dan menyanyi,
“Sionlah sumber segala berkat kami.”

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 87: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk