Oleh itu orang dapat percaya kerana mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang memberitakan Kristus. Tetapi aku bertanya: Betulkah mereka belum mendengar perkhabaran itu? Tentu mereka sudah mendengarnya, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Suara mereka terdengar di seluruh dunia; dan kata-kata mereka sampai ke hujung bumi.” Aku bertanya pula: Tidakkah orang Israel memahaminya? Musa ialah orang pertama yang menjawab soalan itu. Dia berkata, “Allah berfirman, ‘Aku akan menjadikan kamu iri hati terhadap mereka yang bukan bangsa; Aku akan menjadikan kamu marah terhadap bangsa yang bodoh.’ ” Yesaya lebih berani lagi ketika dia berkata, “Allah berfirman, ‘Aku dijumpai oleh mereka yang tidak mencari Aku, Aku menampakkan diri kepada mereka yang tidak bertanya tentang Aku.’ ” Tetapi tentang orang Israel Yesaya berkata, “Allah berfirman, ‘Sepanjang hari Aku menghulurkan tangan-Ku kepada bangsa yang tidak taat kepada-Ku dan yang melawan Aku.’ ”
Baca ROMA 10
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: ROMA 10:17-21
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video