1 YOHANES 3:16-20
1 YOHANES 3:16-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Dengan jalan ini kita mengetahui cara mengasihi orang lain: Kristus sudah menyerahkan hidup-Nya untuk kita. Oleh itu kita harus menyerahkan hidup kita untuk saudara-saudara kita! Jika seorang kaya melihat saudaranya yang miskin memerlukan pertolongan, tetapi tidak mahu menolong saudaranya itu, bagaimanakah dia dapat berkata bahawa dia mengasihi Allah? Anak-anakku! Janganlah kita mengasihi hanya dengan kata-kata belaka. Kita harus saling mengasihi dengan kasih yang sejati, yang dibuktikan dengan perbuatan. Demikianlah caranya kita tahu bahawa kita tergolong sebagai anak-anak Allah yang benar, dan hati kita tenang di hadapan Allah. Jika hati nurani kita menyalahkan kita, maka kita tahu bahawa Allah lebih besar daripada hati nurani kita, dan bahawa Dia mengetahui semuanya.
1 YOHANES 3:16-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dalam hal inilah tampaknya pada kami akan kasih itu, sŭbab iyalah tŭlah mŭnyŭrahkan nyawanya kŭrna kami: maka kami pun patutlah pula mŭnyŭrahkan jiwa kami kŭrna saudara saudara. Adapun barang siapa yang mŭmpunyai harta dunia ini, dilihatnya saudaranya itu kŭkorangan, dan ditutopkannya kasih hatinya akan dia, maka bagimanakah grangan kasih Allah itu bulih tinggal dalamnya? Anakku yang kŭchil kŭchil, janganlah kami mŭngasihi dŭngan pŭrkataan, mŭskipun dŭngan lidah, mŭlainkan dŭngan pŭrbuatan dan dŭngan sŭbŭnarnya. Maka dalam halnya inilah kami kŭtahui, bahwa kamilah deripada yang bŭnar adanya, sŭrta bulihlah tŭntukan hati kami dihadapannya. Maka jikalau hati kami mŭnyalahkan kami, bahwa Allah tŭrlebih bŭsar deripada hati hami, dan dikŭtahuinya sagala pŭrkara.
1 YOHANES 3:16-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian kita tahu bagaimana cara mengasihi seseorang: Yesus Kristus telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita. Oleh itu kita harus menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita. Jika seorang yang berharta melihat saudaranya yang miskin memerlukan bantuan tetapi tidak mahu menolongnya, bagaimanakah kasih Allah dapat hidup dalam dirinya? Anak-anakku, janganlah kasih kita di mulut sahaja. Kita hendaklah kasih-mengasihi melalui perbuatan dan kebenaran yang sejati. Dengan demikian kita tahu bahawa kita anak-anak Allah yang benar dan hati kita tetap damai di hadirat Allah sekiranya hati nurani kita menyalahkan kita. Sebabnya kita tahu bahawa Allah lebih besar daripada hati kita dan Allah Maha Mengetahui.