ULANGAN 11:26-28 - Compare All Versions

ULANGAN 11:26-28 BM (Alkitab Berita Baik)

Pada hari ini aku memberi kamu pilihan antara berkat dan kutuk - berkat, jika kamu taat kepada perintah TUHAN, Allah kamu yang aku berikan kepada kamu pada hari ini; atau kutuk, jika kamu tidak taat kepada perintah itu, dan berpaling untuk menyembah tuhan-tuhan lain yang tidak pernah kamu puja.

ULANGAN 11:26-28 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Lihatlah, pada hari ini aku menghadapkan kepadamu berkat dan kutukan. Berkat kamu terima jika kamu mendengar perintah-perintah TUHAN, Allahmu, yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. Kutukan kamu terima jika kamu tidak mahu mendengar perintah-perintah TUHAN, Allahmu, dan menyimpang daripada jalan yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini dengan mengikuti tuhan-tuhan lain yang tidak kamu kenal.