IBRANI 11:1-3
IBRANI 11:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Beriman bererti yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat. Kerana beriman, nenek moyang kita diperkenankan oleh Allah. Kerana beriman, kita mengerti bahawa alam ini diciptakan oleh firman Allah, maka apa yang dapat dilihat dijadikan daripada apa yang tidak dapat dilihat.
IBRANI 11:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA adapun iman itulah akar umbi pŭrkara yang diharapkan, dan saksi sagala pŭrkara yang tiada kŭlihatan. Kŭrna deri sŭbabnya itulah juga orang dahulu dahulu kala itu tŭlah mŭndapat nama yang baik. Kŭrna dŭngan iman itulah juga kita mŭngatahui, bahwa sagala alam ini diatorkan dŭngan pŭrkataan Allah, maka dŭmkianlah barang pŭrkara yang klihatan itu, bukannya dijadikan deripada barang pŭrkara yang nyata.
IBRANI 11:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Iman adalah kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan, keyakinan akan perkara-perkara yang tidak dilihat. Melalui iman nenek moyang kita telah dipuji. Melalui iman kita mengerti bahawa semesta alam dibentuk dengan firman Allah. Nyatalah bahawa segala yang dilihat sekarang tidak dicipta daripada benda yang dapat dilihat.