YOHANES 6:26-27
YOHANES 6:26-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus menjawab, “Apa yang Aku katakan ini benar: Kamu mencari Aku bukan kerana kamu memahami maksud mukjizat yang Aku lakukan, tetapi kerana kamu sudah makan sehingga kenyang. Janganlah berusaha untuk mendapat makanan yang boleh menjadi basi, tetapi berusahalah untuk mendapat makanan yang boleh memberikan hidup sejati dan kekal. Itulah makanan yang akan diberikan oleh Anak Manusia kepada kamu, kerana Dia sudah dilantik oleh Allah Bapa.”
YOHANES 6:26-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sahut Isa kapada marika itu, Bahwa sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, adapun kamu mŭnchari aku ini bukannya sŭbab kamu tŭlah mŭlihat mujizat itu, mŭlainkan sŭbab kamu sudah makan roti itu dŭngan kŭnyangnya. Maka janganlah kiranya kamu bŭrlŭlah lŭlah sŭbab mŭncharoti yang fana, mŭlainkan roti yang baka sampie hidop slama lamanya, yang tŭlah dibri ulih Anak manusia kapadamu, kŭrna dialah yang tŭlah dimutriekan ulih Allah Ayah itu.
YOHANES 6:26-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu mencari-Ku bukan kerana kamu telah melihat tanda-tanda mukjizat, tetapi kerana kamu telah dapat makan sehingga kenyang. Janganlah berusaha mendapatkan makanan yang boleh basi. Berusahalah mendapatkan makanan yang dapat bertahan sampai hidup kekal. Itulah makanan yang akan diberikan kepadamu oleh Anak Manusia, kerana Allah Bapa telah memateraikan-Nya.”