YOHANES 7:37-39
YOHANES 7:37-39 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada hari terakhir perayaan itu, dan juga hari yang paling penting, Yesus berdiri lalu berkata dengan suara lantang, “Sesiapa yang dahaga hendaklah datang kepada-Ku untuk minum. Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, ‘Sesiapa yang percaya kepada-Ku, dari dalam hatinya akan memancar mata air yang memberikan hidup.’ ” ( Yesus berkata-kata tentang Roh Allah, yang akan diterima oleh orang yang percaya kepada-Nya. Pada masa itu, Roh Allah belum diberikan, kerana Yesus belum dipermuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya.)
YOHANES 7:37-39 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Kŭlakian maka pada hari yang akhir, iya itu hari raya yang tŭrbŭsar itu, maka bŭrdirilah Isa, sambil bŭrsru katanya, Jikalau barang siapa yang dahaga, maka handaklah iya datang kapadaku supaya bulih minum. Maka barang siapa yang pŭrchaya akan daku spŭrti yang tŭrsŭbut dalam kitab, bahwa deri dalam hatinya akan mŭngalir sungie sungie ayer yang hidop itu. Tŭtapi Isa bŭrkata akan pŭrkataan ini derihal Roh yang patut akan didapati ulih orang yang pŭrchaya akan dia, kŭrna tŭtkala itu Roh Alkudus bŭlom dibrikan, sŭbab Isa bŭlom mŭnŭrima kŭmuliaannya.
YOHANES 7:37-39 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari terakhir perayaan itu, iaitu hari yang terutama, Yesus berdiri lalu berkata dengan suara lantang, “Sesiapa yang dahaga, datanglah kepada-Ku untuk minum. Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, ‘Sesiapa yang percaya kepada-Ku, dalam hatinya akan terpancar mata air yang memberi hidup.’ ” (Yang dimaksudkan oleh Yesus ialah Roh Kudus yang akan diterima kelak oleh orang yang percaya kepada-Nya. Pada masa itu Roh Kudus belum dikurniakan, kerana Yesus belum dimuliakan.)