Injil Yahya 7
7
FATSAL VII.
1BŬRMULA kumdian deripada sagala pĹrkara ini, maka diamlah Isa ditanah Galilia, kĹrna iya tiada mahu mĹngdiami tanah Yahuda, sĹbab orang Yahudi ada mĹnchari jalan handak mĹmbunoh akan dia.
2Maka hampirlah hari raya khemah orang Yahudi:
3Maka sĹbab itu bĹrkatalah adek kakak Isa, Undorlah angkau deri sini, pĹrgi kĹtanah Yahuda, supaya murid muridmu pun bulih mĹlihat sagala pĹrkara yang angkau pĹrbuat itu.
4KĹrna sa’orang pun tiada bĹrbuat barang suatu pĹrkara dĹngan bĹrsĹmbunyi, kalan iya handak mĹmashorkan akan dirinya; maka jikalau angkau bĹrbuat sagala pĹrkara ini, nyatakanlah dirimu dihadapan sagala manusia.
5KĹrna adek kakaknya pun tiada pĹrchaya akan dia.
6SĹtlah itu maka bĹrkatalah Isa kapada marika itu, Adapun waktuku bĹlom lagi sampie, tĹtapi waktu kamu itu barang bila pun ada sĹdia
7Bahwa tiada bulih dibĹnchikan ulih isi dunia ini akan kamu, tĹtapi aku dibĹnchikannya, sĹbab aku mĹnjadi saksi deri halnya, bahwa sagala pĹrbuatannya itu jahat adanya.
8PĹrgilah kamu supaya mĹndapati hari raya ini: Aku tiada handak pĹrgi skarang pada hari raya ini, kĹrna kutikaku bĹlom lagi sampie gĹnap.
9Adapun sĹtlah sudah Isa mĹngatakan sagala pĹrkara ini kapada marika itu, maka tinggallah iya diGalilia.
10¶ TĹtapi sĹtlah adek kakaknya itu sudah pĹrgi, maka kumdian pĹrgilah Isa handak mĹndapati hari raya itu, bukannya dĹngan nyata, mĹlainkan spĹrti dĹngan bĹrsĹmbunyi juga.
11Maka adalah orang orang Yahudi mĹnchari akan dia pada hari raya itu, katanya, Manakah dia?
12Maka adalah sagala orang bĹrsungut tĹrlalu banyak sama sĹndirinya akan hal Isa, kĹrna kata sĹtĹngah, Iya sa’orang baik, maka kata sĹtĹngah, Bukannya, mĹlainkan iya mĹnipu orang.
13TĹtapi sa’orang pun tiada bĹrkata derihal Isa itu dĹngan nyatanya, sĹbab takotnya akan orang orang Yahudi.
14¶ SĹbarmula sĹtlah sampielah pĹrtĹngahan hari raya itu, maka Isa pun masoklah kĹdalam ka’abah, lalu mĹngajar orang.
15Maka hieranlah orang orang Yahudi katanya, Bagimana orang ini bulih mĹngtahui kitab, kĹrna tiada pĹrnah iya blajar?
16Maka sahut Isa, Adapun pĹngajaranku ini bukannya aku ampunya dia, mĹlainkan yang mĹnyurohkan aku ampunya dia.
17Maka jikalau barang siapa yang akan bĹrbuat kahandaknya itu, maka iyalah kĹlak mĹngtahui pĹngajaran ini, kalau kalau deripada Allahkah, atau akukah mĹngatakan sĹndiriku.
18Maka barang siapa yang mĹngatakan itu sĹndirinya, maka iya itu mĹnchari kĹmuliaan sĹndirinya; tĹtapi orang yang mĹnchari kĹmuliaan bagie yang tĹlah mĹnyurohkan dia, maka orang itulah bĹnar adanya, dan tiada salah padanya.
19Bukankah Musa sudah mĹmbri Tauret pada kamu? Maka sa’orang pun deripadamu tiada mĹnurot tauret itu; maka mĹngapa pula kamu mĹnchari jalan handak mĹmbunoh akan daku?
20Maka sahut sagala orang itu, Angkau ini kĹna jin, siapakah yang mĹnchari jalan handak mĹmbunoh akan dikau?
21Maka kata Isa kapada marika itu, Aku sudah mĹmbuat suatu pĹkĹrjaan, maka kamu skaliannya mĹnjadi ajaib.
22Bahwa Musa sudah mĹmbri hukum sunat kapadamu, kĹrna iya itu bukannya asalnya deripada Musa, mĹlainkan deri pada nenek moyang adanya; maka kamu sunatkan orang pada hari sabtu:
23Jikalau bulih orang disunatkan pada hari sabtu, sĹbab jangan rosak hukum Musa, mĹngapa kamu marah akan daku sĹbab aku sĹmbohkan sa’orang bulat bulat dalam hari sabtu?
24Maka janganlah kamu kira kirakan sĹbab mĹlihat rupa sahja, mĹlainkan kira kirakan dĹngan fikiran yang adil.
25SĹtlah itu maka bĹrkatalah bĹbrapa orang deri nĹgri Jerusalem, Bahwa bukankah iya ini dia yang handak dibunoh orang?
26Skarang lihatlah iya bĹrkata kata itu dĹngan braninya, maka tiada marika itu bĹrkata barang apa padanya; adakah pĹnghulu pĹnghulu tahu dĹngan katĹntuannya, bĹtulkah ini Almasih itu?
27TĹtapi orang ini kami kĹtahui akan asalnya; maka apabila Almasih itu datang kĹlak sa’orang pun tiada tahu akan asalnya.
28Maka pada masa itu bĹrsrulah Isa dalam ka’abah, tĹtkala iya mĹngajar katanya, Bahwa kamu mĹngtahui akan daku, dan akan asalku, bahwa sanya bukannya aku datang ini dĹngan kahandakku sĹndiri, mĹlainkan yang mĹnyurohkan aku itu bĹnar adanya, yang tiada kamu kĹnal akan dia.
29Aku mĹngĹnal akan dia, kĹrna aku datang deripadanya, dan iya tĹlah mĹnyurohkan aku.
30SĹtlah itu maka dicharilah ulih marika itu handak mĹnangkap akan dia; tĹtapi sa’orang pun tiada yang mĹnaikkan tangan padanya, kĹrna waktunya itu bĹlom lagi sampie.
31Maka adalah banyak deri pada orang itu yang pĹrchaya akan dia bĹrkata, Apabila Almasih datang kĹlak, adakah dibuatnya lebih banyak mujizat deripada dipĹrbuat ulih orang ini?
32¶ Maka didĹngar orang Farisia, bahwa orang bĹrsungut sungut akan pĹrkara pĹrkara dĹmkian derihal Isa; maka marika itu, dan kĹpala kĹpala imam pun mĹnyurohkan bĹbrapa orang hulubalang mĹnangkap akan Isa.
33SĹtlah itu maka kata Isa, Skutika sahja lagi aku tinggal bĹrsama sama dĹngan kamu, maka kumdian aku akan pĹrgi kapada yang tĹlah mĹnyurohkan aku.
34Maka kamu akan mĹnchari aku, tĹtapi tiada mĹndapat; adapun ditĹmpat yang aku ada itu tiada bulih kamu sampie kĹsana.
35Arkian maka bĹrkatalah orang orang Yahudi sama sĹndirinya, Bahwa kĹmanakah iya handak pĹrgi yang ditĹmpat kita tiada bulih mĹndapat akan dia? Maka iya handak pĹrgi kapada orang Yahudikah yang bĹrtaboran diantara orang sĹsat itu, dan mĹngajar orang orang sĹsat itu?
36Apakah jĹnis pĹrkataan ini yang dikatakannya itu? Maka bahwasanya kamu akan mĹnchari aku, tĹtapi tiada mĹndapat; adapun ditĹmpat yang aku ada itu tiada bulih kamu sampie kĹsana?
37¶ KĹlakian maka pada hari yang akhir, iya itu hari raya yang tĹrbĹsar itu, maka bĹrdirilah Isa, sambil bĹrsru katanya, Jikalau barang siapa yang dahaga, maka handaklah iya datang kapadaku supaya bulih minum.
38Maka barang siapa yang pĹrchaya akan daku spĹrti yang tĹrsĹbut dalam kitab, bahwa deri dalam hatinya akan mĹngalir sungie sungie ayer yang hidop itu.
39TĹtapi Isa bĹrkata akan pĹrkataan ini derihal Roh yang patut akan didapati ulih orang yang pĹrchaya akan dia, kĹrna tĹtkala itu Roh Alkudus bĹlom dibrikan, sĹbab Isa bĹlom mĹnĹrima kĹmuliaannya.
40¶ Maka sĹbab itu banyaklah deripada orang orang itu apabila mĹnĹngar pĹrkataan itu bĹrkata, Bahwa dĹngan sĹbĹnarnya iya inilah nabi itu.
41Maka kata orang lain, Iya inilah Almasih. TĹtapi kata pula sĹtĹngah orang, Adakah Almasih datang, kluar deri Galilia?
42Maka bukankah tĹrsĹbut dalam kitab, adapun Almasih itu tĹrbitnya deripada bĹnih Daud, dan deri dalam nĹgri Bethliham, iya itu tĹmpat Daud diam?
43Maka dĹngan hal yang dĹmkian jadilah pĹrsĹlisihan diantara marika itu sĹbab Isa.
44Maka ada sĹtĹngah deri pada marika itu handak mĹnangkap akan dia, tĹtapi sa’orang pun tiada mĹnaikkan tangan ka’atasnya.
45¶ Kumdian maka kĹmbalilah hulubalang hulubalang itu kapada imam imam bĹsar, dan orang orang Farisia, maka bĹrkatalah marika itu kapada hulubalang hulubalang itu, MĹngapa tiada kamu bawa akan dia?
46Maka disahut hulubalang hulubalang itu katanya, BĹlom pĹrnah sa’orang pun bĹrkata kata yang spĹrti pĹrkataan orang itu.
47Maka sahut orang orang Farisia pada marika itu, Kamu pun sudahkah kĹna tipu?
48Adakah deripada pĹnghulu pĹnghulu, atau orang orang Farisia yang sudah pĹrchaya akan dia?
49Adapun kaum ini yang tiada mĹngarti akan tauret, iya itu kĹna la’nat.
50Maka kata Nikudimas yang datang kapada Isa pada malam hari, maka iya itu pun deripada orang Farisia itu juga adanya.
51Adakah undang undang kitab itu mĹnghukumkan orang tĹrdahulu deripada didĹngar akan dia, sĹrta tahu apakah pĹrbuatannya?
52Maka disahut marika itu kapada Nikudimas itu, Angkau pun deripada orang Galilakah? maka sĹlideklah sĹrta tengok, kĹrna tiada nabi kluar deri Galilia.
53Maka pulanglah masing masing karumahnya.
Terpilih Sekarang Ini:
Injil Yahya 7: KEAS
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
maintained by the British and Foreign Bible Society