LUKAS 8:4-8
LUKAS 8:4-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang terus-menerus datang kepada Yesus dari berbagai-bagai kota. Apabila orang yang berkumpul di situ banyak sekali, Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Seorang peladang pergi menabur benih. Ketika dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan. Benih itu dipijak-pijak orang dan dimakan burung. Ada juga yang jatuh di tempat berbatu. Apabila benih bertunas, tanaman itu segera layu kerana tanahnya kering. Ada juga yang jatuh di tengah-tengah semak berduri. Apabila benih bertunas, semak berduri yang tumbuh bersama-samanya membantutkan tumbuhan itu. Tetapi ada juga benih yang jatuh di tanah subur, lalu tumbuh dan menghasilkan buah seratus kali ganda.” Setelah Yesus menceritakan perumpamaan itu, Dia berkata, “Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!”
LUKAS 8:4-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka apabila banyaklah orang orang bŭrkampong yang kluar datang kapada Isa deri pada tiap tiap nŭgri, maka bŭrkatalah iya dŭngan suatu pŭrumpamaan. Maka kluarlah sa’orang pŭnabor handak mŭnabor bŭnihnya, tŭngah iya mŭnabor itu, ada yang jatoh disisi jalan, lalu dipijak orang, maka datanglah burong burong deri udara mŭmakan dia. Maka yang sŭtŭngah jatoh diatas batu, maka sŭrta iya bŭrtumboh, layulah iya, kŭrna tanahnya tiada bŭrchukopan. Dan yang sŭtŭngah jatohlah diantara duri duri, maka duri duri itu bŭrtumbohlah sama sama, lalu dilŭmaskannyalah akan dia. Dan yang lain jatohlah diatas tanah yang baik, maka bŭrtumbohlah iya, lalu bŭrbuahlah iya sa’ratus kali gandah. Maka apabila sudahlah Isa bŭrkata akan pŭrkara ini, lalu bŭrsrulah iya katanya, Siapa yang ada bŭrtlinga akan mŭnŭngar, biarlah iya mŭnŭngar.
LUKAS 8:4-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika orang ramai sedang berkumpul, dan orang dari beberapa buah bandar terus-menerus datang kepada-Nya, Dia menceritakan suatu ibarat: “Seorang penyemai pergi menabur benihnya. Semasa dia menabur, ada yang jatuh di tepi jalan dan dipijak orang lalu dimakan burung di udara. Ada pula yang jatuh di tempat berbatu, dan setelah bercambah, tumbuhan itu menjadi layu kerana kurangnya air. Ada pula yang jatuh di tengah-tengah semak duri, lalu semak membesar bersama-sama dan membantutkannya. Tetapi ada benih yang jatuh di tanah yang subur lalu bertunas dan mengeluarkan hasil seratus ganda.” Kemudian Yesus berseru, “Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!”