LUKAS 8:47-48
LUKAS 8:47-48 Alkitab Berita Baik (BM)
Wanita itu sedar bahawa perbuatannya sudah diketahui oleh Yesus. Dia datang dengan gementar lalu sujud pada kaki Yesus. Di hadapan semua orang, dia memberitahu Yesus mengapa dia menyentuh Yesus dan bagaimana penyakitnya sembuh dengan serta-merta. Yesus berkata kepadanya, “Anak-Ku, kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera.”
LUKAS 8:47-48 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila dilihat ulih pŭrampuan itu tiada bulih disŭmbunyikannya itu, datanglah iya dŭngan gŭmŭntar, maka jatohlah iya kahadapannya, lalu diakuinyalah kapadanya dihadapan kaum itu, apa sŭbabnya iya tŭlah mŭnjamah akan dia, dan bagimana iya tŭlah sŭmboh dŭngan skutika itu. Maka katanya kapada pŭrampuan itu, Anak, hiborkanlah hatimu, imanmu tŭlah mŭnyŭmbohkan akan dikau, pulanglah angkau dŭngan sŭjahtranya.
LUKAS 8:47-48 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila perempuan itu mengetahui perbuatannya tidak dapat disembunyikan, dia datang dengan gementar lalu sujud di hadapan Yesus dan menceritakan kepada-Nya di hadapan orang ramai itu sebabnya dia menyentuh Yesus serta bagaimana dia sembuh seketika itu juga. Yesus berkata kepadanya, “Anak-Ku, imanmu telah menyembuhkanmu. Pergilah dengan sejahtera.”