Logo Apl Bible
Ikon Carian

MATIUS 12:39-41 - Bandingkan Semua Versi

MATIUS 12:39-41 BM (Alkitab Berita Baik)

Tetapi Yesus menjawab, “Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta Aku melakukan mukjizat? Tidak! Satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu adalah mukjizat Nabi Yunus. Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi. Pada Hari Kiamat kelak, penduduk Niniwe akan bangkit bersama-sama orang zaman ini, lalu menuduh kamu kerana mereka bertaubat daripada dosa apabila mereka mendengar perkhabaran yang disampaikan oleh Yunus. Tetapi ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus!

MATIUS 12:39-41 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Tetapi Yesus menjawab, “Manusia zaman yang durjana dan tidak setia ini ingin melihat tanda mukjizat. Tetapi satu tanda pun tidak akan ditunjukkan kepadanya kecuali tanda nabi Yunus. Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut ikan besar, begitu jugalah Anak Manusia akan tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut bumi. Pada hari penghakiman, orang Niniwe akan bangkit bersama orang zaman ini dan menuduhnya pula kerana orang Niniwe itu bertaubat apabila mendengar perkhabaran Yunus; dan sekarang di sini ada yang lebih besar daripada Yunus.

MATIUS 12:39-41 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Tŭtapi disahut Isa pada marika itu, Bahwa bangsa yang jahat, dan bŭrzinah itu, mŭnuntut akan mŭlihat suatu tandah, maka barang suatu tandah pun tiada diunjokkan padanya, mŭlainkan tandah nabi Yunas. Adapun spŭrti Yunas itu dalam prot ikan raya tiga hari tiga malam lamanya, maka dŭmkianlah anak manusia pun dalam hati bumi kŭlak tiga hari tiga malam lamanya. Sagala orang nŭgri Nineveh kŭlak akan bŭrbangkit dalam hukum hari kiamat, bŭrsama sama dŭngan orang zaman ini, sŭrta disalahkannya akan dia, kŭrna marika itu sudah bŭrtaubat sŭbab pŭngajaran Yunas itu, maka sasungguhnya disini ada sa’orang yang tŭrlebih bŭsar deripada Yunas.