MATIUS 12:46-50
MATIUS 12:46-50 Alkitab Berita Baik (BM)
Sementara Yesus berkata-kata dengan orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya tiba. Mereka berdiri di luar dan ingin bercakap dengan Yesus. Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Yesus bahawa ibu dan saudara-saudara-Nya hendak bercakap dengan Dia. Tetapi Yesus berkata, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?” Lalu Dia menunjuk kepada pengikut-pengikut-Nya dan berkata, “Lihat, inilah ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku. Sesiapa melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, orang itu saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku.”
MATIUS 12:46-50 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Adapun sŭdang Isa lagi bŭrkata kata kapada sagala orang itu, maka adalah ibunya, dan saudara saudaranya bŭrdiri diluar, handak bŭrchakap dŭngan dia. Tŭtkala itu adalah sa’orang bŭrkata kapada Isa, Bhawa lihatlah ibumu dan saudara saudaramu ada mŭnanti diluar, handak bŭrchakap dŭngan dikau. Maka disahut ulih Isa pada orang yang mŭmbri tahu itu, Siapakah ibuku, dan siapakah saudara saudaraku? Lalu diunjokkannya tangannya kapada murid muridnya, sambil bŭrkata, Tengoklah, inilah ibuku dan saudara saudaraku. Kŭrna barang siapa yang mŭnurot kahandak ayahku yang ada dishorga, maka iya itulah saudaraku laki laki, dan saudaraku pŭrampuan, dan ibuku adanya.
MATIUS 12:46-50 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sedang Yesus berbicara dengan orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya datang berdiri di luar kerana hendak bercakap dengan Yesus. Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Yesus, “Ibu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan hendak bercakap dengan-Mu.” Tetapi Yesus menjawab, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?” Dia menunjuk kepada murid-murid-Nya lalu berkata, “Inilah ibu-Ku dan saudara-saudara lelaki-Ku. Sesiapa yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, merekalah saudara lelaki, saudara perempuan dan ibu-Ku.”