MATIUS 17:14-20
MATIUS 17:14-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila Yesus dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang dan berlutut di hadapan Yesus. Dia berkata, “Tuan, kasihanilah anak lelaki saya! Dia menderita penyakit gila babi. Serangan sawannya begitu teruk sehingga kerap kali dia jatuh ke dalam air atau api. Saya membawa dia kepada pengikut-pengikut tuan, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya.” Yesus menjawab, “Hai kamu orang yang tidak percaya dan yang sesat! Berapa lamakah Aku harus tinggal bersama-sama kamu? Berapa lamakah Aku harus bersabar terhadap kamu? Bawa anak itu ke mari!” Yesus menengking roh jahat itu, dan roh jahat itu pun keluar daripada anak itu. Pada saat itu juga anak itu sembuh. Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang kepada Yesus, dan apabila tidak ada orang lain di situ mereka bertanya, “Mengapakah kami tidak dapat mengusir roh jahat itu?” Yesus menjawab, “Kamu tidak dapat melakukannya, kerana kamu kurang percaya kepada Allah. Ketahuilah! Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada bukit ini, ‘Beralihlah ke sana!’ dan bukit ini akan beralih. Kamu dapat melakukan apa sahaja! [
MATIUS 17:14-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Sŭbarmula apabila sampielah marika itu kapada orang banyak, maka datanglah kapadanya sa’orang bŭrtŭlot mŭnyŭmbah, sambil bŭrkata, Tuhan, kasihankanlah anakku, kŭrna iya itu gila babi, dŭngan mŭrasai sŭngsara yang amat sangat; kŭrna kŭrap kali iya jatoh kadalam api, dan kŭrap kali kadalam ayer. Maka tŭlah hamba bawa akan dia kapada murid muridmu, maka tiadalah dapat marika itu mŭnyŭmbohkan dia. Maka sahut Isa, katanya, Hie bangsa yang korang iman dan tŭrbalik, brapakah lama lagi juga aku akan bŭrsama sama kamu? dan brapa lagi aku akan mŭnahan bodoh kamu? bawalah iya itu kamari kapadaku. Lalu ditŭngking ulih Isa akan jin itu, sahingga kluarlah iya deri dalamnya itu; maka sŭmbohlah budak itu dŭngan skutika itu juga. Maka tŭtkala itu datanglah murid muridnya itu kapada Isa ditŭmpat yang sunyi, lalu bŭrtanya, Apa sŭbabnya kami tiada bulih mŭmbuangkan jin itu? Maka jawab Isa padanya, Itulah sŭbab korang imanmu; kŭrna sasungguhnya aku bŭrkata padamu, jikalau ada kiranya padamu iman sabŭsar biji sŭsawi skalipun, kalau kamu bŭrkata pada bukit, bŭrpindahlah angkau deri sini kŭsana, nŭschaya iya bŭrpindah; maka barang suatu pun tiada mŭnjadi mustahil pada kamu.
MATIUS 17:14-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah Yesus dan ketiga-tiga orang murid-Nya itu kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang berlutut di hadapan-Nya. Lelaki itu berkata, “Tuhan, kasihanilah anakku! Dia menghidap sakit gila babi dan penyakitnya sungguh teruk. Sering kali dia terjatuh ke dalam air atau api. Aku sudah pun membawanya kepada murid-murid-Mu, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya.” Yesus menjawab, “Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini. Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu? Berapa lama lagikah Aku mesti bersabar denganmu? Bawa anak itu ke sini!” Yesus mengherdik roh iblis itu. Roh iblis itu pun keluar daripada anak itu lalu dia sembuh serta-merta. Para murid Yesus mendapatkan-Nya dan bertanya ketika tiada orang lain di situ, “Mengapa kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?” Yesus menjawab, “Ini kerana kepercayaanmu tipis. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada gunung, ‘Beralihlah ke situ!’ maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu.