MATIUS 8:1-3
MATIUS 8:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus turun dari bukit, dan banyak orang mengikuti Dia. Lalu seorang berpenyakit kulit yang mengerikan datang dan berlutut di hadapan-Nya. Dia berkata, “Tuan, jika Tuan sudi, Tuan dapat menyembuhkan saya.” Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia dan berkata, “Aku mahu. Sembuhlah!” Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi.
MATIUS 8:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA apabila Isa tŭlah turon deri atas bukit itu, maka pŭrhimpunan orang tŭrlalu banyak mŭngikot dia. Maka hieran, datanglah sa’orang bŭrkusta sujud akan dia, sŭraya katanya, Tuhan, jikalau angkau mahu kiranya, bulihlah Tuhan mŭnjadikan hamba suchi. Maka Isa pun mŭmanjangkan tangannya, lalu dijamahnya akan dia, katanya, Kumahu angkau suchilah; maka dŭngan skutika itu juga suchilah dia deripada kustanya itu.
MATIUS 8:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus turun dari bukit itu dan ramai orang mengikut-Nya. Seorang yang menghidap penyakit kusta datang bersujud di hadapan-Nya sambil berkata, “Tuan, sekiranya Tuan mahu, Tuan dapat mentahirkanku.” Yesus menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh orang itu sambil berkata, “Aku mahu. Tahirlah!” Pada saat itu juga penyakit kustanya hilang.