Logo Apl Bible
Ikon Carian

MAZMUR 34:8-10 - Bandingkan Semua Versi

MAZMUR 34:8-10 BM (Alkitab Berita Baik)

Malaikat TUHAN mengawal orang yang menghormati-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada bahaya. Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN! Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya! Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya, kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.

MAZMUR 34:8-10 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Rasakan dan lihatlah kebaikan TUHAN; diberkatilah orang yang berlindung kepada-Nya. Takutilah TUHAN, wahai umat-Nya yang salih, mereka yang takut kepada-Nya tidak kekurangan apa-apa. Anak-anak singa menjadi lemah dan lapar, tetapi mereka yang berpaling kepada TUHAN tidak akan kekurangan sesuatu yang baik.