Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

HARI 6 DARIPADA 7

Bagaimana pula dengan perkara yang anda tidak dapat ubah? 

Kita tidak dapat mengubah hati orang lain. Kita tidak dapat mengubah masa lalu. Kita mungkin tidak dapat mengubah atau mengawal keadaan kita. Namun, percayakah anda bahawa, dalam pemahaman kudus-Nya, Allah telah menempatkan anda dalam hidup ini dengan isu, hubungan, dan kedudukan anda, untuk sebab yang khusus? Mungkinkah Dia menggunakan semua hal yang berada di luar kawalan itu, untuk mengajar kita tentang kepercayaan mutlak dalam rancangan sempurna-Nya untuk hidup kita? Allah tidak mensia-siakan apa-apa. Dia tidak mensia-siakan hati yang keras, keadaan yang sukar, atau hal yang berada di luar kawalan kita. Apakah yang mungkin ditunjukkan oleh-Nya kepada anda melalui hal dalam hidup anda yang tidak anda sukai, tetapi tidak dapat ubah? 

Satu lagi soalan yang perlu diajukan ialah: adakah kita menahan hal yang kita tidak dapat ubah atau menerimanya? 

Terdapat perbezaan yang besar antara menahan dan menerima dan perbezaan itu adalah dari segi sikap kita. Menahan bermaksud kita melakukan secukup-cukupnya untuk meneruskan hidup sementara menerima mengangkat kita daripada terus hidup kepada berkembang maju, meskipun di tengah-tengah kesukaran kita.

Apabila kita memilih untuk menerima dan bukannya menahan, mungkin tiada apa-apa yang berubah dalam keadaan kita, tetapi perubahan akan terjadi dalam hati kita. Dia boleh menggunakan keadaan yang tidak berubah ini untuk melembutkan hati kita, yang mungkin tidak berubah jika ini tidak berlaku.

Mazmur 37:4 boleh membantu kita untuk lebih memahami idea ini. "Bergembiralah karena TUHAN; maka Ia akan memberikan kepadamu apa yang diinginkan hatimu." Semasa membesar, saya sentiasa fikir itu bermaksud sekiranya saya melakukan segala hal yang betul, saya akan menerima apa yang saya inginkan…kemudian barulah saya mempelajari maksud sebenar perkataan "bergembiralah." Perkataan Ibrani menterjemahkan "bergembiralah" secara harfiah untuk memaksudkan berlemah lembut. Ia membawa idea mudah dipengaruhi dan lembut. Jadi, apabila Allah berkata begembiralah kerana Dia, Dia berkata, "Biarlah Aku mengacu dan membentuk keinginan kamu. Semasa kamu bergembira kerana Aku, keinginan kamu akan menjadi keinginan-Ku. Apa yang Aku inginkan akan menjadi apa yang kamu inginkan."

Adakah Dia meminta anda untuk menyelami apa yang telah diberikan-Nya kepada anda supaya hal yang tidak dapat diubah menjadi hal yang mengubah anda?

Tuhan, ada beberapa hal dalam hidup saya yang saya tidak suka, tetapi saya tidak berkuasa untuk mengubahnya. Tunjukkan kepada saya apa yang dapat saya lakukan untuk mengubah sikap dan penetapan minda saya. Saya inginkan hati yang lembut, yang diacu dan dibentuk oleh tangan penyayang-Mu. Tolonglah saya untuk mempercayai-Mu meskipun apabila saya tidak memahami apa yang sedang saya alami. Saya meletakkan situasi sukar yang tidak berubah ini ke tangan-Mu dan meminta agar kehendak-Mu berlaku. 

Bacalah ayat berikut dalam terjemahan the Message.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Break Free From Comparison a 7 Day Devotional by Anna Light

Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Light membongkar wawasan yang akan menghancurkan batas pembandingan terhadap keupayaan anda, dan membantu anda untuk menjalankan kehidupan yang bebas dan berkelimpahan yang telah disediakan oleh Allah bagi anda.

More

Kami berterima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com

Pelan yang Berkaitan