Adven: Perjalanan ke Hari NatalSampel

Advent: The Journey to Christmas

HARI 8 DARIPADA 25

Pertukaran Agung

Yesus datang ke dunia ini untuk memberikan kita kurnia penerimaan, kedamaian, penyembuhan, dan pengampunan, tetapi kurnia tersebut tidaklah murah. Kita tidak mungkin mampu membeli apa yang disediakan Yesus, dan dengan penuh rasa terima kasih, kita tidak perlu berbuat demikian. Kini, Tuhan menerima kita, bukan kerana tingkah laku kita yang baik, tetapi kerana Yesus telah membayar harganya dengan mengalami penolakan yang terbesar bagi pihak kita. Yesus telah memilih untuk mati demi menanggung dosa kita, mengalahkan kematian, dan membawakan hidup kepada kita. Nabi Yesaya memanggil dosa kita "pemberontakan" dan "kejahatan" - pada asasnya, kezaliman kita dan kekejaman kita. Dosa tersebut mengakibatkan hutang yang kita tidak mungkin lunaskan, tetapi Yesus, dalam kesempurnaan-Nya, dapat melunaskannya. Apabila Yesus memilih untuk dilahirkan dalam dunia di mana Dia akan dilukai dan diseksa, Dia membawakan kedamaian dan penyembuhan kepada kita.

Nubuatan dalam Yesaya 53 menggambarkan pertukaran Agung Tuhan: nyawa Yesus untuk semua nyawa kita. Yesus mengetahui kos hari Natal, dan Dia menerimanya supaya kita boleh mendakap-Nya dan kehidupan kekal yang disediakan-Nya untuk kita. Apabila kita meraikan musim ini, jangan lupa: Kita dapat diampunkan, disembuhkan, dan dibebaskan kerana Yesus telah memilih hari Natal.

Doa: Yesus, saya tidak mungkin cukup bersyukur atas pengorbanan-Mu untuk melunaskan hutang saya. Saya betul-betul sesat tanpa-Mu. Saya menyembah-Mu sebagai Raja Damai saya, Penyembuh saya, dan Penyelamat saya! Terima kasih kerana memilih hari Natal. Bantulah saya untuk menerima segala sesuatu yang Engkau datang untuk berikan kepada saya, dan bantulah saya untuk berkongsi kurnia tersebut dengan dunia di sekeliling saya.

Muat turun imej hari ini di sini.

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Advent: The Journey to Christmas

Hari Natal betul-betul kisah teragung yang pernah diceritakan: satu kisah tentang kesetiaan, kuasa, keselamatan, dan kasih berterusan Tuhan yang sempurna. Marilah kita memulakan perjalanan sepanjang 25 hari untuk menyedari rancangan Tuhan yang kompleks untuk menyelamatkan dunia daripada dosa dan janji yang digenapi dalam kelahiran Anak-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Highlands kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.churchofthehighlands.com/

Pelan yang Berkaitan