Enam Langkah Menuju Kepemimpinan Terbaik AndaSampel
Sekarang Lakukannya
Jangan menghabiskan Pelan Alkitab ini tanpa melakukan sesuatu. Pemimpin mengambil tindakan terhadap maklumat yang membawa transformasi. Apakah yang seharusnya menjadi langkah anda yang seterusnya? Allah bersedia untuk melakukan lebih daripada apa yang boleh anda minta, fikir, atau bayangkan, melalui kuasa-Nya yang sedang bekerja.
- Satu Disiplin untuk Dimulakan: Apabila anda sedar siapa anda, atau siapa yang anda ingin jadi, anda akan tahu apa yang harus dilakukan. Berdasarkan siapa yang anda ingin jadi, apakah disiplin yang perlu dimulakan?
- Keberanian untuk Berhenti: Berdasarkan siapa yang anda ingin jadi, apakah yang anda perlukan keberanian untuk hentikan? Jangan fikir tentang hal yang negatif sahaja. Anda mungkin perlu berhenti melakukan sesuatu yang penting dan menugaskannya kepada orang lain.
- Seseorang untuk Diperkasakan: Siapakah yang akan anda pilih untuk diperkasakan? Jangan menjadi penutup bagi orang yang dipimpin. Barangkali anda akan memperkasakan seseorang untuk melakukan sesuatu yang penting yang anda berani hentikan.
- Sistem untuk Dibina: Di manakah anda melihat ketegangan? Di manakah masalahnya dari segi pengaturan? Apakah sistem yang anda perlu bina untuk memperoleh hasil yang diinginkan?
- Hubungan untuk Dimulakan: Berdasarkan siapa yang anda ingin jadi, siapakah yang anda perlu jumpa? Apakah hubungan yang perlu dimulakan? Anda mungkin memerlukan satu hubungan lagi untuk mengubah hala tuju takdir anda.
- Risiko yang Perlu Diambil: Berdasarkan siapa yang anda ingin jadi dan apa yang anda ingin lakukan, apakah risiko yang perlu diambil? Jika anda sentiasa menunggu sehingga anda bersedia, anda akan sentiasa terlambat.
Akhirnya, jadilah siapa yang Allah cipta anda untuk jadi. Kita lebih rela mengikut pemimpin yang sentiasa ikhlas daripada pemimpin yang sentiasa betul.
Bercakap dengan Allah: Allah, saya mempercayai-Mu untuk melakukan lebih daripada yang dapat dicapai melalui kekuatan saya. Adakah Engkau akan memberikan saya kebijaksanaan, keberanian, dan kekuatan untuk mengambil langkah seterusnya?
Perihal Pelan
Bersedia untuk bertumbuh sebagai pemimpin? Craig Groeschel membentangkan enam langkah alkitabiah yang boleh diambil oleh semua orang untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik. Mendapat tahu tentang satu disiplin untuk dimulakan, keberanian untuk berhenti, seseorang untuk diperkasakan, sistem untuk dibina, hubungan untuk dimulakan, dan risiko yang perlu diambil.
More