Melepaskan Diri Daripada Iri Hati Pelan Bacaan Enam Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Envy a Six-Day Reading Plan by Anna Light

HARI 6 DARIPADA 6

Hari 6—Memang Tidak Adil 

Barangkali halangan terbesar dalam pencarian kebebasan kita ialah perasaan kita tidak dapat mengawal masa depan kita. Kita suka berfikir bahawa kita berkuasa dan dunia ini memberitahu kita bahawa kita boleh mengawal masa depan kita, tetapi hakikatnya, ada hal yang tidak dapat dilaksanakan oleh kita, ataupun kita tidak menghalang sesuatu itu daripada berlaku. Perasaan ketidakadilan itu mendalam dalam hati kita. Kita merasai sengat iri hati dan berseru, "Memang tidak adil." 

Kita betul. Salah satu pengajaran terbesar yang pernah saya pelajari ialah kerajaan Allah langsung tidak berminat dalam kesamaan. Allah menentang memperlakukan sesuatu dengan saksama sama sekali. 

Saya menyedari ini apabila saya membaca perumpamaan tentang pekerja di ladang anggur dalam Matius 20. Pemilik ladang itu telah mengupah beberapa orang pekerja dan bersetuju untuk membayar mereka sekeping wang perak untuk kerja sehari. Pada hari itu, ia keluar beberapa kali untuk mencari lebih banyak pekerja lagi, setiap seorangnya bersetuju untuk bekerja sehari dengan upah sekeping wang perak. Pada petang hari, pekerjanya berkumpul untuk menerima upah mereka, pekerja yang mula bekerja lebih awal menjangkakan upah yang lebih banyak daripada orang yang hanya bekerja selama tiga jam. 

Semasa membaca cerita ini, saya juga rasa memanglah adil bahawa mereka harus menerima upah yang lebih banyak. Hal yang menonjol dalam cerita itu ialah respons yang diberikan oleh pemilik ladang itu kepada orang yang merungut tentang ketidakadilan itu. "Tidakkah aku berhak berbuat sekehendak hatiku dengan wangku sendiri? Mengapakah kamu cemburu kerana aku murah hati?" 

Allah tidak adil. Dia tidak memberikan kurnia, bakat, atau berkat sama banyak. Saya tidak tahu sebabnya, tetapi saya tahu: Allah tidak adil, tetapi Allah murah hati. 

Dia penuh kasih, melepaskan segala-galanya, menjadi manusia, dan tinggal antara kita. Dia menghadapi semua percubaan yang kita hadapi tetapi tidak berdosa. Kemudian, Dia menanggung hukuman penyeksaan dan kematian yang kejam mengambil tempat kita. Dia pastinya tidak adil. Jika Dia adil, kita semua akan dihukum ke neraka. 

Dia tidak adil dan saya bersyukur kerana itu.

Walau bagaimanapun, Dia sangat mengambil berat tentang keadaan hati kita berhubung dengan iri hati. Dia mahu kita bebas daripada emosi negatif yang menghalang kita daripada kelimpahan-Nya. 

Seperti yang ditulis oleh C.S. Lewis dalam novel klasiknya, The Screwtape Letters, "{Allah} mahu membawa manusia kepada keadaan fikiran bahawa ia dapat membina katedral yang terbaik dalam dunia ini, dan menyedari bahawa ia adalah yang terbaik, bersukacita, tanpa menjadi lebih (atau kurang) atau senang bahawa ia telah melakukannya dan bukannya dilakukan oleh orang lain. {Allah} mahu ia, pada akhirnya, menjadi begitu bebas daripada berat sebelah terhadap kebaikannya sendiri sehinggakan ia dapat bersukacita dengan bakatnya sendiri sejujur dan penuh syukur seperti ia bersukacita dengan bakat orang lain--atau dengan matahari terbit, gajah, atau air terjun." 

Sebagai cerminan kemuliaan Allah, kita boleh bersukacita apabila kita melihat kemuliaan itu, sama ada dalam alam semula jadi, atau dalam bakat serta berkat orang lain. Jika segala sesuatu adalah untuk Dia dan segala sesuatu adalah daripada Dia, semasa kita menghadapi sesuatu yang membuat kita berasa iri hati, kita boleh melatih roh kita untuk bersyukur atas kemurahan hati Allah—meskipun semasa kemurahan hati itu diberikan kepada orang lain. 

Demi betul-betul menangani iri hati, kita mesti memupuk hati kekaguman dan kesyukuran. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah memberkati hal yang membuat anda iri hati. Ucapkan kemuliaan unik yang anda perhatikan dalam orang lain yang akan membuat anda iri hati jika anda tidak mengucapkan ini dengan kuat. Percayalah saya, mereka mungkin perlu mendengarnya. Mengucapkan hidup memutuskan ikatan iri hati terhadap hati anda dan mengubahnya menjadi hal yang dimaksudkan: kesyukuran atas kemurahan hati Allah. Praktikkan bersukacita dengan mereka yang bersukacita dan berdoa untuk kejayaan orang lain, lebih daripada kejayaan sendiri. 

Kesyukuran membebaskan anda daripada iri hati. Apabila kita menyedari betapa tidak adilnya Allah, kita boleh membawa hati selekeh dan serbah-serbih kita ke dalam dakapan penyayang-Nya dan dengan tenang membisikkan, "Terima kasih, Yesus."

Untuk lebih banyak sumber untuk membantu anda membebaskan diri, ikuti @annalight09 di Instagram atau layari www.livelaughlight.com 

Hari 5

Perihal Pelan

Break Free From Envy a Six-Day Reading Plan by Anna Light

Sekarang, lebih daripada sebelumnya, kita berhadapan dengan kehidupan setiap orang sebagaimana yang mereka mahu dilihat, dan perbandingan dengan kehidupan kita menimbulkan perasaan iri hati. Anda tidak mahu perasaan ini untuk membarah dalam anda, tetapi bagaimana pula dengan kerosakan yang disebabkan oleh iri hati orang lain terhadap anda? Dalam pelan bacaan ini, anda akan menemui cara mengatasi iri hati, melindungi hati anda, dan berjalan dengan bebas.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com

Pelan yang Berkaitan