Keputusan Terpenting Dalam Kehidupan Anda!Sampel
"Baptisan Air: Pengakuan Terbuka tentang Kehidupan yang Diubah"
Baptisan air merupakan satu cara yang penting untuk mengakui keselamatan anda secara terbuka. Baptisan air meraikan pengakhiran gaya hidup yang lama dan permulaan gaya hidup yang baru. Yesus mengajar tentang kepentingan baptisan air kepada murid-murid-Nya sebelum kenaikan-Nya ke syurga selepas kebangkitan. Kata-Nya,
"Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah." Matius 28:19
Sepanjang Perjanjian Baru, tidak terkira banyaknya cerita mengenai orang percaya yang dibaptis. Baptisan air menjadi lambang yang penting kepada orang yang dibaptis dan orang yang memerhatikannya. Baptisan air menggambarkan secara terbuka: pengakhiran gaya hidup anda yang lama dengan dibenamkan dalam air; permulaan hidup baru anda dalam Kristus apabila anda keluar daripada air yang telah membersihkan, menyucikan dan menjadikan anda ciptaan baru dalam Tuhan.
Lukas 3:3 mewakili baptisan air sebagai "baptisan pertaubatan," dan menekankan kepentingan membuat pengakuan terbuka bahawa kita sudah berpaling daripada hidup lama dan dosa kita. Sementara baptisan air tidak menyelamatkan kita atau menutup dosa kita, ia mewakili satu bahagian yang penting dalam kehidupan Kristian kita – pengakuan bahawa anda adalah ciptaan baru, kehidupan yang terubah! Jika terdapat seseorang yang tidak perlu membuat pengakuan ini, orang itu ialah Yesus, yang menjalankan kehidupan tidak berdosa di dunia ini. Namun, Lukas 3:21 mengatakan,
"Setelah semua orang itu dibaptis, Yesus juga dibaptis." Lukas 3:21
Yesus dibaptis agar kita akan mengikuti teladan-Nya. Kepentingan baptisan air tidak mungkin diperkatakan secara berlebih-lebihan. Sekiranya anda belum dibaptis dengan air, anda harus mempertimbangkan untuk menjadikan baptisan air keutamaan. Alkitab mengarahkan kita untuk membuat pengakuan terbuka tentang keselamatan kita, dan kebanyakan gereja yang mempercayai Alkitab menyediakan banyak peluang untuk baptisan air. Mengikuti contoh Yesus sentiasanya cadangan yang pasti. Tuhan akan memberkati anda dengan berlimpahan dan mengganjar anda kerana kesetiaan dan ketaatan anda terhadap Dia!
Perihal Pelan
Kebanyakan keputusan dalam kehidupan adalah penting. Walau bagaimanapun, hanya satu keputusan adalah paling penting. Jika anda mencari panduan mudah untuk pemahaman yang mendalam tentang keputusan yang luar biasa ini - hadiah keselamatan Tuhan yang percuma - mulalah di sini. Dipetik daripada buku, "Out of this World: A Christian's Guide to Growth and Purpose" oleh David J. Swandt.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdevtmp/#googtrans(ms)