Rumah Adven Kanak-kanakSampel

Children's Advent House

HARI 25 DARIPADA 25

Hari 25: Baca Matius 2:1-12

Ahli kaji bintang mencari Yesus kerana mereka ingin menyembah-Nya! Mahukah kamu hidup seperti ahli kaji bintang tersebut: memberikan segala sesuatu dan berjalan jauh hanya untuk menyembah Yesus Penyelamat kita? Saya mahu!

Aktiviti: Luangkan masa di tengah-tengah kesibukan hari Krismas untuk menyembah Yesus bersama dengan keluarga kamu. Bercakaplah dengan-Nya, berdoa bersama-sama, menyanyikan lagu pujian, membaca Firman-Nya...lakukan apa sahaja yang ditempatkan oleh Tuhan dalam hati kamu! Selamat Hari Krismas! Sesungguhnya hari yang baik sekali untuk meraikan Kasih Yesus!

• Aktiviti pilihan untuk anak yang lebih tua:

Beberapa aktiviti harian yang disenaraikan adalah lebih sesuai untuk anak kecil. Jika kamu ingin memasukkan aktiviti untuk anak kamu yang lebih tua, berikut adalah beberapa idea yang mungkin menawan hati mereka!

1. Hasilkan surat khabar untuk mendokumentasikan beberapa peristiwa yang berlaku dalam bacaan Alkitab harian. Benarkan mereka untuk menamakan surat khabar mereka misalnya "The Bethlehem Times" dan menambahkan berita, iklan, dan ilustrasi yang mereka rasa sesuai. Mereka boleh tambahkan sedikit demi sedikit apabila ada petikan Alkitab yang menarik perhatian mereka.

2. Tuliskan puisi atau lagu pujian kepada Tuhan. Ini merupakan aktiviti yang boleh diteruskan sepanjang bulan ini semasa Tuhan menyentuh hati mereka dengan kata-kata pujian. Setelah selesai, taipkan hasil kerja mereka dan membingkaikannya untuk dijadikan hiasan Krismas. Kamu juga boleh menganjurkan malam persembahan Krismas keluarga untuk mereka berkongsi hasil kerja mereka jika itu yang kamu mahu.

3. Hasilkan model doh garam atau diorama dalam kotak kasut atau penutup kotak (ada banyak resipi doh garam dalam talian). Anak kamu boleh membentuk doh menjadi babak kelahiran Yesus atau peta perjalanan Maria dan Yusuf termasuk pelarian mereka ke Mesir selepas kelahiran Yesus untuk melarikan diri daripada Herodes. Biarlah mereka untuk menggunakan kekreatifan tersendiri; tidak ada hadnya!

4. Minta anak kamu untuk menulis skrip lakonan bagi kelahiran Yesus. Ikut gaya lakon layar dengan bahagian yang berbeza dan dialog yang menarik. Kostum dan alatan boleh dibuat oleh anak kamu juga!

5. Mengokot beberapa keping kertas untuk membuat buku Krismas yang mencatatkan perincian peristiwa kelahiran Yesus. Setiap halaman boleh ditulis dan dilukis oleh anak kamu dan boleh dibaca tahun demi tahun untuk mengingati sebab kita meraikan Krismas!

Kami berharap Pelan ini telah mendorong kamu! Klik pautan ini untuk meneroka aktiviti tambahan, sumber boleh cetak, lagu, dan sumber daripada Help Club for Moms tentang pelan Adven ini.  

Hari 24

Perihal Pelan

Children's Advent House

Para Ibu yang dikasihi, adakah musim Krismas kelihatan berlalu dengan keterujaan dan kehuru-haraan? Tahun ini adalah berbeza. Terokai khazanah kasih Kristus dengan anak anda pada musim Krismas ini! Rumah Adven Kanak-kanak merupakan renungan yang indah selama 25 hari, yang dilengkapi dengan Rumah Adven boleh cetak yang sepadan yang akan membantu mengarahkan hati anak anda kepada Tuhan dan menjadikan musim Krismas ini musim yang paling bermakna setakat ini!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Help Club for Moms kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://helpclubformoms.com

Pelan yang Berkaitan