Peranan Gereja dalam Perkelahian BudayaSampel
Tujuan Sebenar
Apabila perlawanan bola sepak bermula, sebenarnya ada tiga pasukan yang berada di padang. Dua pasukan berlawanan yang bertarung untuk merebut kemenangan, dan sepasukan pegawai. Pasukan pegawai menerangkan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi—ibu pejabat NFL. Mereka tidak memihak kepada mana-mana pasukan kerana mereka mewakili kerajaan yang lain. Mereka memerintah menggunakan buku peraturan NFL. Mereka membuat keputusan tanpa teragak-agak kerana mereka tidak menghiraukan sama ada mereka disukai, menerima tepukan, atau menerima sorak bu. Mereka tidak berada di sana untuk memenangi pertandingan kepopularan. Mereka berada di sana untuk membawa keteraturan bagi situasi yang huru-hara.
Demikian juga, gereja tidak wujud untuk diri sendiri. Tema pokok Alkitab adalah kemuliaan Allah yang ditunjukkan melalui kemajuan kerajaan-Nya supaya kehendak Allah terlaksana di bumi seperti di syurga. Gereja dibangunkan untuk tujuan ini—untuk memajukan kerajaan Allah dalam sejarah. Allah telah memberikan gereja kuasa dan menempatkan gereja di tengah-tengah dunia yang huru-hara untuk membawa keteraturan. Oleh itu, gereja tidak memihak kepada mana-mana pihak berkaitan dengan isu sosial kerana gereja menerangkan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi dan mewakili kerajaan yang lain. Maksudnya, gereja harus sentiasa mewakili pandangan Allah dalam apa jua hal.
Apabila gereja berfungsi dengan baik, gereja berfungsi sebagai permatang yang mengelakkan kejahatan daripada membanjiri budaya. Walau bagaimanapun, permatang roboh dan budaya kita nampaknya menjadi semakin teruk. Satu sebab kegagalan permatang adalah kita telah menjadikan tujuan gereja, gereja. Daripada membangunkan kerajaan Allah, kita ingin membina gereja yang besar dengan banyak anggota dan banyak program. Kita mesti mengembalikan gereja kepada tujuan sebenarnya—memajukan kerajaan Allah.
Berdasarkan ini, apakah tugas gereja?
Perihal Pelan
Bagaimana mungkin rasisme dan ketaksaksamaan memusnahkan budaya kita? Lihatlah bilangan gereja. Terdapat kira-kira 300,000 buah gereja di Amerika. Maksudnya 300,000 khutbah, kebaktian penyembahan dan perhimpunan minggu demi minggu. Walau bagaimanapun, mengapakah kita tidak melihat kesan yang lebih besar terhadap budaya? Dalam pelan bacaan 4 hari ini, Dr. Tony Evans akan berbincang tentang gereja yang benar dan bagaimana gereja yang benar itu boleh memberikan kesan kepada budaya kita buat selama-lamanya.
More