Betulkah Saya Boleh Mengatasi Dosa dan Cubaan?Sampel
Apakah yang Boleh Saya Lakukan Apabila Dicubai?
Bawalah kepada Allah—sekarang
Apabila anda dicubai, ingatlah janji ini: "Tiap-tiap cubaan yang kamu alami itu cubaan yang biasa dialami orang. Tetapi Allah setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya" (1 Korintus 10:13).
Allah tidak akan membenarkan cubaan yang Dia tidak memberikan kita kekuatan untuk tewaskan. Sebaliknya, Iblis tidak akan membuang masa dengan cubaan yang dia tahu kita boleh tewaskan dengan kekuatan diri.
Maka, setiap kali anda dicubai, ketahuilah bahawa anda tidak boleh memenangi pertempuran ini tanpa pertolongan Allah.
Kembangkan refleks menyerahkan setiap cubaan kepada Bapa dengan segera.
Mintalah Dia untuk kuasa-Nya.
Tinggalkannya dalam tangan-Nya.
Bawalah kepada Allah—sekarang.
Berfikir-fikir tentang akibatnya
Bagaimana pula jika anda tidak berbuat demikian?
Dosa rahsia kita akan diadili oleh Allah: "Allah akan mengadili semua perbuatan kita, yang baik, yang jahat, mahupun yang tersembunyi" (Pengkhutbah 12:14).
Yesus mengingatkan kita: "Apa yang tersembunyi akan dinyatakan dan tiap-tiap rahsia akan didedahkan. Apa yang kamu ucapkan pada waktu malam akan terdengar pada siang hari dan apa yang kamu bisikkan di telinga orang di dalam bilik yang tertutup akan diumumkan dari atas rumah" (Lukas 12:2-3).
Kata-kata kita akan diadili: "Ketahuilah bahawa pada Hari Kiamat setiap orang harus mempertanggungjawabkan tiap-tiap kata yang tidak seharusnya diucapkan. Kata-kata kamu akan digunakan untuk menentukan sama ada kamu bersalah atau tidak" (Matius 12:36-37).
Setelah menyenaraikan pelbagai dosa yang tidak diakui, Petrus menyatakan bahawa mereka yang melakukan perkara tersebut "harus mempertanggungjawabkan hidup mereka kepada Allah yang siap menghakimi orang hidup dan orang mati" (1 Petrus 4:5).
Apakah yang akan terjadi kepada mereka?
"Tetapi mutu kerja setiap orang akan kelihatan pada hari Kristus datang kembali, kerana pada hari itu api akan menyatakan kerja setiap orang. Api akan menguji dan menentukan mutu kerja setiap orang. . . . Tetapi jika kerja seseorang terbakar, dia akan rugi. Dia sendiri akan selamat, seperti orang yang melepaskan diri daripada api" (1 Korintus 3:13, 15).
Dosa, fikiran, atau kata-kata yang jahat dan tidak diakui akan didedahkan semasa penghakiman dan dibakar. Disebabkan syurga adalah sempurna, perkara ini tidak dapat masuk—semua itu mesti dibakar dan dihapuskan.
Dosa dibersihkan dan kurnia pula hilang.
Apabila anda dicubai dan rasa gesaan untuk bercakap dengan Allah, jangan melarikan diri daripada hadirat-Nya.
Pada waktu keperluan itu jugalah, berlari kepada Dia.
Perihal Pelan
Pernahkah anda menanya diri, "Mengapa saya masih bergelut dengan dosa?" Rasul Paulus pun menyatakannya dalam Roma 7:15: "Perkara-perkara yang ingin aku lakukan, tidak aku lakukan; tetapi perkara-perkara yang aku benci, itulah yang aku lakukan." Bagaimanakah kita menghalang dosa daripada menghalang kehidupan rohani kita? Mungkinkah? Marilah berbincang tentang dosa, cubaan, Iblis, dan syukurlah, kasih Allah.
More