Doa ‘Bapa Kami’Sampel

Doa ‘Bapa Kami’

HARI 2 DARIPADA 3

Bahagian II: Keberadaan Manusia


“Berilah kami makanan untuk hari ini.”

Makanan adalah keperluan asas fizikal manusia. Doa ini mengingatkan kita bahawa Allah tahu keperluan asas kita dan Dia menyediakannya ‘hari ini’. Kebenaran ini mengingatkan kita supaya “Janganlah khuatir tentang hidupmu, tentang apa yang kamu makan atau minum, atau tentang tubuhmu, dan tentang apa yang akan kamu pakai. Bukankah hidup lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih penting daripada pakaian?” (Matius 6:25)


“Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.”

Pengampunan adalah keperluan asas rohani manusia. Kehidupan Kristian kita bermula sejak kita tahu bahawa dosa kita sudah diampuni oleh Allah. Setelah kita tahu dosa kita sudah diampuni, maka barulah kita boleh mengampuni kesalahan orang lain. Pengampunan adalah kunci untuk membuka kehidupan rohani kita, yakni kehidupan baru dalam Kristus.


“Janganlah biarkan kami tergoda,”

Godaan adalah senjata utama iblis untuk menjatuhkan manusia. Allah tahu godaan ini bahaya dan manusia tidak boleh bertahan terhadap godaan Iblis kerana ianya bersifat berterusan, licik dan sembarangan! Hanya Allah sahaja yang mampu melepaskan kita daripada godaan Iblis. 


“tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat.”

Si jahat adalah musuh sebenar kita (Efesus 6:10) dan kehadirannya memang nyata. Roh jahat merancang segala kejahatan dalam hidup kita. Kita berada di tengah-tengah kejahatan, oleh itu kita perlukan Allah untuk menyelamatkan kita daripada cengkaman Si jahat. 

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Doa ‘Bapa Kami’

“Doa bukanlah cara untuk mendapatkan apa yang kita inginkan, tetapi adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan apa yang Tuhan inginkan.” – Eddy Marson Yasir Dalam siri ini, kami akan belajar tentang doa ‘Bapa Kami’ yang tertera dalam Matius 6:9-13.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MYWorshipCollective kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.facebook.com/myworshipcollective

Pelan yang Berkaitan