Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!Sampel

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!

HARI 4 DARIPADA 8

“Misi Dia Bersifat Peribadi”


Sejak permulaan penciptaan, Roh Kudus telah wujud, dan tinggal di kalangan kita sejak turun-temurun.


“Bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. Samudera yang bergelora, yang menutupi segala sesuatu, diliputi oleh kegelapan yang pekat, tetapi Roh Tuhan bergerak di atas permukaan air.” Kejadian 1:2


Tetapi tidak sehingga Yesus melengkapkan misi-Nya di salib, baru persekutuan Roh Kudus menjadi peribadi dan intim kepada setiap orang yang beriman. Sebelum Dia mati, Yesus memberitahu para pengikut-Nya bahawa Roh Kudus berada di kalangan mereka, tetapi belum mendiami diri mereka.


"Dunia tidak dapat menerima Dia (Roh Kudus), kerana dunia tidak dapat melihat Dia ataupun mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, kerana Dia tinggal dengan kamu dan bersatu dengan kamu. Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu." Yohanes 14:17-18


Janji penenangan Yesus kepada para pengikut-Nya sebelum Dia mati ialah Dia akan tetap bersama mereka dari segi rohani, melalui kehadiran Roh Kudus dalam kehidupan mereka. Pekerjaan Yesus diteruskan dalam kehidupan kita melalui Roh Kudus. Tuhan menggunakan Roh Kudus untuk melakukan empat perkara:


1. Dia menjadikan penyelamatan realiti peribadi.

2. Dia memperkuatkan anda untuk kehidupan berkemenangan.

3. Dia membina perwatakan Kristian untuk membantu anda berkembang.

4. Dia melakukan semua perkara demi kebaikan anda.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Hidup dengan Kekuatan dan Keberanian!

Anda tidak keseorangan. Sama ada anda mempercayai agama Kristian selama sehari atau 30 tahun, kebenaran ini kekal utuh untuk semua cabaran kehidupan. Belajar menghargai pertolongan Tuhan secara efektif. Dipetik daripada buku, “Out of This World: A Christian’s Guide to Growth and Purpose” oleh David J. Swandt.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

Pelan yang Berkaitan