Anda SEMEMANGNYA ada Doa!Sampel

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!

HARI 1 DARIPADA 6

“Kita SEMEMANGNYA ada Doa!”


Dalam masyarakat hari ini, banyak orang memandang doa sebagai cara yang tidak berkesan untuk mengatasi cabaran hidup. Sebenarnya, ada orang yang tidak pernah berdoa sama sekali. Yang lain hanya berdoa setelah mereka mencuba semua cara yang lain.


Tetapi Tuhan  tidak bermaksud untuk doa kita menjadi jalan terakhir untuk mengatasi kesukaran setelah kita habis mencuba semua pilihan dan sumber yang lain. Sebenarnya Tuhan menghendaki doa menjadi tumpuan kehidupan setiap orang Kristian: tempat pertama yang kita tuju ketika dalam kesusahan, bukan tempat yang terakhir. Dia ingin mendengar daripada kita sepanjang hari, setiap hari, baik pada masa adanya kehendak dan keperluan, mahupun ketika kita menikmati kelimpahan dan kepuasan. Selain itu, Tuhan ingin menunjukkan kasih-Nya dalam pelbagai cara dengan terus berkomunikasi dengan kita semasa kita berdoa.


Doa adalah kunci untuk melihat perubahan yang positif dalam kehidupan dan persekitaran kita, dan merupakan asas untuk bertumbuh dalam perjalanan iman kita dengan Tuhan.


“Doa orang yang melakukan kehendak Tuhan mempunyai kuasa yang besar.” Yakobus 5:16


Hari 2

Perihal Pelan

Anda SEMEMANGNYA ada Doa!

Ketahui asas-asas untuk membina kehidupan doa yang kuat dan efektif. Doa - berkomunikasi dengan Tuhan secara peribadi - adalah kunci untuk melihat perubahan yang positif dalam kehidupan dan persekitaran kita. Dipetik daripada buku, “Out of This World: A Christian's Guide to Growth and Purpose” oleh David J. Swandt.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Twenty20 Faith, Inc. kerana menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati: http://www.twenty20faith.org/yvdev3

Pelan yang Berkaitan