Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

HARI 1 DARIPADA 40

PENDAHULUAN: Menanam Benih Demi Tuaian Yang Berlimpahan
Perjalanan anda berupa demikian:

HARI 1-2: Pendahuluan

HARI 3-6: Menyediakan Tanah
Kita mengambil masa empat hari untuk menyediakan tanah hati kita demi menerima kebenaran, melalui ajaran kitab Injil Lukas.

HARI 7-40: Menanam dan Menjaga Taman Anda
1. Setiap hari bermula dengan petikan dari Efesus, sebiji BENIH KEBENARAN.
2. Untuk MENANAM BENIH anda diberi sebiji "benih" dari petikan tersebut, iaitu petikan kitab, untuk disimpan dalam hati. Sengaja arahkan fikiran anda kepada ayat itu dan sesuaikan fikiran dan hati agar mentafsirkan hari anda dan seseorang dalam kehidupan anda dari pandangan ayat itu.
3. Serahkan diri kepada kebenaran dan tanamkan benih itu dalam hati.
4. Untuk MENJIRAM BENIH, lengkapkan latihan atau aktiviti yang dicadangkan untuk membantu anda "menanam benih" dan tubuhkan kebenaran itu dalam kehidupan anda. "Janganlah bodoh mendengarkan firmanNya sahaja, sebaliknya, lakukan apa yang diajarkan oleh firman itu" (Yakub 1:22).
6. Untuk BERBUAH, suatu "nugget" kebenaran akan diketengahkan. Inilah buah yang berhasil dari penanaman dan penjiraman kebenaran dalam hati anda.
7. Akhirnya, gunakan ajaran Efesus untuk mengarahkan doa anda. "Kita berani di depan Allah kerana kita pasti bahawa Dia mendengar kita ketika kita memohon apapun, asalkan menurut kehendakNya" (1 Yohanes 5:14).

Baca Efesus 3:14-19.

Ketika anda bermula...luangkan sedikit masa menyediakan hati sebelum bermula, seperti anda menyediakan taman sebelum menanam benih. Minta Allah membuka hati anda untuk menerima benih kebenaran yang ingin ditanamNya dalam hati anda pada 40 hari akan datang. Semoga Allah membenarkan benih-benih itu tumbuh dan menjadi tuaian yang berlimpahan. Jangan ketakutan memohon bantuanNya untuk mendengar suaraNya dan untuk memberi rahmat untuk mengikuti langkah yang diarahNya. Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu! Bersedialah - kini sudah musim bunga! Semoga hati anda berlimpahan kesempurnaan Tuhan!

Aku berdoa untukmu,
Laurie

Melainkan jika dinyatakan, petikan Alkitab diambil dari Alkitab Berita Baik + Deuterokanonika, penerbitan Bible Society of Malaysia.
Hari 2

Perihal Pelan

Seeds of Spring: A Woman's 40-day Journey

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

We would like to thank Thistlebend Ministries and author Laurie Aker for providing this plan. For more information, please visit: http://www.thistlebend.org/

Pelan yang Berkaitan