Datanglah KerajaanSampel

Kingdom Come

HARI 1 DARIPADA 15

DOA:

Allah, bukalah mata saya sekarang ini untuk memandang diri saya sebagaimana Engkau memandang saya. 


BACAAN:

Identiti kita ialah cerita yang kita beritahu diri sendiri tentang diri kita. Cerita itu dibentuk sepanjang hidup kita oleh hubungan dan pengalaman kita. Ia merupakan kanta yang melaluinya kita memandang dunia ini. Sering kali, kita tidak sedar akannya, tetapi ia memimpin banyak keputusan kita dan memberikan maklumat tentang reaksi kita terhadap orang dan keadaan.


Contohnya, jika pada suatu ketika dahulu anda membatinkan mesej bahawa anda tidak mudah dikasihi, anda mungkin cenderung melihat penolakan di sekeliling anda. Ataupun, jika cerita anda mengatakan bahawa anda hanya bernilai apabila anda berjaya, maka anda mungkin memandang hidup sebagai persaingan, berbolak-balik antara turun naik emosi berdasarkan prestasi terkini anda.


Cerita atau naratif ini amat berkuasa dan boleh membentuk sebahagian besar hidup kita. Allah mengetahui ini tentang kita. Salah satu cara utama Dia membawa perubahan ialah dengan menggantikan cerita lama kita dengan cerita yang baru. 


Dalam suratnya kepada orang Efesus, Paulus membuka dengan menerangkan naratif baru yang mendefinisikan makna menjadi pengikut Yesus. Dia menggariskan satu cara yang baru untuk memandang diri sendiri—cara Allah memandang mereka. Paulus menjelaskan apa yang telah dilakukan oleh Allah untuk mereka. Dia membantu mereka memahami hal yang benar tentang mereka kerana apa yang telah dilakukan oleh Allah. Semua perkara ini adalah benar bagi kita juga. Semua ini adalah benar sama ada ia rasa benar atau tidak. Semua ini adalah benar meskipun anda tidak melakukan apa-apa untuk memperolehnya. Semua ini adalah benar kerana Allah menyatakan demikian.


RENUNGAN:

Luangkan masa untuk menyenaraikan semua perkara yang dikatakan oleh petikan ini tentang diri anda sebagai pengikut Yesus. Jangan tergesa-gesa, lakukan ini dengan cukup perlahan untuk mencerna apa yang tertulis itu. Apakah satu atau dua kebenaran yang menarik perhatian anda? Apakah kebenaran yang ingin diteliti? Tuliskan semua ini di nota lekat atau kad indeks dan meletakkannya di tempat yang dapat dilihat sebagai peringatan harian. 


Hari 2

Perihal Pelan

Kingdom Come

Kita pernah dengar bahawa Yesus memberikan "hidup yang kelimpahan" dan kita mendambakan pengalaman itu. Kita inginkan hidup yang terubah. Namun, apakah perubahan yang kita perlukan? Bagaimanakah kita melaksanakan perubahan itu? Dalam pelan Datanglah Kerajaan ini, anda akan menerokai cara baru untuk menjalankan hidup yang tunggang-terbalik dan luar dalam yang menjadi undangan Allah.

More

Kami berterima kasih kepada North Point Community Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat baru, layari: http://northpoint.org

Pelan yang Berkaitan