Saya Berserah: Renungan yang Memberikan Ilham oleh BanduanSampel

I Surrender: Inspirational Devotions Written by Prisoners

HARI 3 DARIPADA 4

YESUS ADA DI SINI

“Petrus menjawab, “Ya Tuhan, aku bersedia dipenjarakan dan mati bersama-sama Tuhan!’”—LUKAS 22:33

Petrus, pada suatu ketika dalam hidupnya, membuat komitmen yang serius untuk mengikuti Yesus. Ia juga mengatakan bahawa ia bersedia untuk dipenjarakan dan mati bersama-sama dengan Dia. Petrus ikhlas, tetapi ia gagal apabila dugaan melanda! Walau bagaimanapun, Yesus mendoakan Petrus dan tidak putus asa dengannya.

Adakah kita gagal juga? Adakah kita menyangkal Penyelamat kita, menyeleweng, dan gagal sama sekali? Terimalah harapan. Pandang Yesus. Dia masih ada. Dia masih mengasihi kita. Dia berdoa untuk kita, walaupun kegagalan kita, Dia bersedia untuk mengangkat kita, mengeringkan air mata kita, dan menyembuhkan hati kita yang remuk.

Kita boleh menjadi lelaki atau perempuan milik Allah, untuk memenuhi komitmen kita dan janji yang telah kita buat kepada Yesus. Walau di mana pun anda, meskipun di penjara yang gelap, walau apa pun keadaan anda, Yesus ada. Kita boleh memberanikan diri dan berkata kepada-Nya, "Saya sudah bersedia, Tuhan, untuk dipenjarakan atau mati bersama-sama dengan-Mu!”

—Javier

DOA: Terima kasih Tuhan, walaupun kami gagal, Engkau tidak pernah berputus asa dengan kami. Amin.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

I Surrender: Inspirational Devotions Written by Prisoners

Alkitab merupakan kitab tentang penebusan, kebebasan, dan harapan. Halamannya merangkumi watak yang dinamik dan tabah hati—lelaki dan perempuan remuk yang menari-cari jawapan. Dalam sesetengah cara, mereka itu serupa dengan banduan dan bekas banduan yang menuliskan bahan renungan ini. Kami berharap anda rasa terdorong dan dipenuhi ilham oleh suara jemaat dalam penjara ini. Semoga kesaksian mereka membebaskan kita.

More

Kami berterima kasih kepada Prison Fellowship kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.prisonfellowship.org/resources/subscribe/

Pelan yang Berkaitan