Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 2 DARIPADA 40

PENDAHULUAN: Menanam Benih Demi Tuaian Yang Berlimpahan

Benih yang tidak terbinasa - firman Allah! (1 Petrus 1:23, Lukas 8:11). Beberapa tahun dahulu ahli arkeologi terjumpa benih gandum dalam piramid. Benih itu umurnya beribu tahun, ditarikhkan sekitar 2500 BC. Bila ditanam dalam tanah subur, benih 4500-tahun itu bertunas dan tumbuh! "Melalui firman Allah yang hidup dan kekal, kamu sudah dilahirkan kembali, bukan oleh manusia, tetapi oleh Bapa yang kekal. Di dalam Alkitab tertulis, 'Umat manusia bagaikan rumput, dan segala kemuliaan mereka seperti bunga rumput. Rumput layu, bunga pun gugur; tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya.' Firman itu Berita Baik yang diisytiharkan kepada kamu." (1 Petrus 1:23-25).

Dalam suratnya kepada gereja di Efesus, Paulus cuba membantu mukmin memahami warisan mereka yang tidak boleh difahami, yang diterima ketika mereka diterima ke dalam keluarga Allah. Kita semua sudah dikurniakan lebih daripada yang diperlu kita, malangnya banyak berkat kita masih terkunci dalam gudang besar kerana kita tidak memahami makna "dalam Nya." Sehingga kita mengakses warisan kita melalui iman, berkat itu akan terpendam, tidak menghasilkan kehidupan ataupun buah.

Mari kita bukakan gudang, tanamkan benih-benih itu dalam tanah subur, dan tuaikan hasil yang berlimpahan! Kita perlu meminta Allah menanam firmanNya ke dalam hati kita, dan menghidupkannya melalui iman. Alkitab mengisytiharkan bahawa iman itu adalah anugerah, diperolehi kerana orang "mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang memberitakan Kristus." (Roma 10:17). Kita perlu bersedia "mendengar" firman Allah dengan meluangkan masa membaca firman Allah, mengkajinya, dan merenunginya. Ketika mendengar firman melalui kuasa Roh Suci, kita perlu berpegang kepadanya. Kita berpilih mempercayainya dan menjalani hidup mengikutinya melalui kuasa Roh Suci. Ketika kita berbuat demikian, kita menanam benih kesolehan dalam hati kita yang akan membawa hasil kesolehan.

BERAKHIR DENGAN DOA
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan