Benih Musim Bunga: Perjalanan 40-hari Seorang WanitaSampel

Seeds of Spring

HARI 35 DARIPADA 40

Menanam dan Memelihara Taman Anda

BENIH KEBENARAN
Baca Efesus 6:18-24.
Paulus meminta umat Efesus berdoa demi usaha pemberitaan firman beliau. Kini, luangkan masa untuk berdoa demi pastor anda. Gunakan ayat-ayat ini sebagi petunjuk. Sudikah anda memilih suatu hari, setiap minggu, untuk berdoa demi beliau?

MENANAM BENIH
Secara senyap, bacalah ayat tumpuan hari ini kepada diri sendiri. Sembunyikannya di dalam hati dan renunginya seluruh hari ini.

Efesus 6:18
"Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah"

MENJIRAM BENIH
Apakah ajaran Paulus tentang doa di sini? Dengan kesedaran ayat ini, apakah yang perlu anda lakukan untuk mematuhi arahan ini? Apakah perubahan yang perlu dibuat dalam kehidupan doa anda? Sudikah anda berdoa untuk saya? Berdoalah agar kehidupan saya memuaskan hati Allah dalam segala hal. Berdoalah agar saya mengajar firman Allah dengan tepat, dengan kuasa, tanpa berkompromi, di dalam Roh dan kuasa Allah. Terima kasih!

BERBUAH
Berdoa setiap waktu dan berjaga-jaga.

BERAKHIR DENGAN DOA
Minta Tuhan menghidupkan segala yang ditanam di dalam hatimu hari ini.
Hari 34Hari 36

Perihal Pelan

Seeds of Spring

Alkitab kerap menggunakan musim untuk menggambarkan pekerjaan Allah dalam kehidupan kita. Meditasi agama wanita 40-hari ini menggambarkan pertumbuhan kita dalam Kristus sebagai sebuah taman. Setiap hari anda akan menerima "Benih Kebenaran" (kitab) dan arahan "Menanam Benih" (bawa ke hati) dan "Menjiram Benih" (pakai). Bersemangatlah! Tuhan akan membangunkan sebuah taman watakNya yang indah dalam hatimu-berlimpahan dengan kesempurnaan Tuhan. Sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, wanita yang belum berkahwin, dan pelajar di kolej.

More

Kami berterima kasih kepada Thistlebend Ministries dan penulis Laurie Aker kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.thistlebendcottage.org

Pelan yang Berkaitan