KEHIDUPAN BERDOASampel

KEHIDUPAN BERDOA

HARI 2 DARIPADA 5

SETIAUSAHA NEGERI YANG BERTUGAS

Di suatu larut malam, seorang jurujual memandu keretanya ke bandar lain dan cuba untuk mendapatkan bilik di sebuah hotel. Kerani hotel tersebut memberitahu kepada jurujual bahawa tidak ada lagi bilik yang kosong. Dengan rasa kecewa, jurujual itu mulai meninggalkan lobi hotel dan pada ketika itu seorang pemuda yang kelihatan segak bertanya dan menawarkan sekiranya sudi untuk berkongsi bilik denganya. Dengan penuh rasa bersyukur, jurujual itu menerima tawaran itu.

Sejurus sebelum tidur, pemuda yang baik hati itu berlutut dan berdoa dengan suara nyaring. Di dalam doa permintaannya, dia menyebut nama jurujual tersebut dan meminta Tuhan memberkatinya.

Ketika bangun pada keesokan harinya, pemuda itu memberitahu kepada jurujual bahawa sudah menjadi kebiasannya untuk membaca Alkitab dan bercakap dengan Tuhan pada pada setiap permulaan hari. Lalu pemuda tersebut mengajukan pertanyaan kepada jurujual sekiranya dia ingin turut menyertainya. Roh Kudus telah menjamah hati jurujual, dan apabila dia diajak untuk menerima Tuhan Yesus, jurujual itu dengan gembira menerima Sang Juruselamat.

Apabila mereka hendak berpisah, mereka saling bertukar kad perniagaan antara satu sama lain. Jurujual yang baru percaya itu tertarik ketika membaca nama yang tertera pada kad perniagaan yang diterimanya. Disana tertera "William Jennings Brian, Setiausaha Negara."

Renungan:

Setiap orang, sesiapa sahaja, memerlukan bimbingan dan pertolongan daripada Tuhan. Apakah kita menyedari bahawa apa yang kita ada, kedudukan kita, kekuatan kita, semuanya tidak bermakna di hadapan Tuhan? Marilah kita terus bergantung pada kasih dan kuasa Tuhan di dalam hidup kita.

Apabila doa menjadi perkara yang kedua, atau menjadi sesuatu yang tidak disengajakan, doa telah kehilangan kuasanya. Mereka yang sebenarnya orang-orang berdoa adalah mereka yang menggunakan doa sama seperti mereka menggunakan makanan, atau udara, atau cahaya, atau wang (M. E. Andross)

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

KEHIDUPAN BERDOA

Doa adalah nafas kehidupan bagi setiap orang percaya. Kita berdoa bukan hanya kerana kita memerlukan sesuatu daripada Tuhan. Tetapi biarlah doa itu menjadi sebahagian daripada kehidupan rohani setiap orang percaya. Renungan ini akan memberi gambaran bagaimana kita boleh berdoa setiap masa di dalam hidup kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bethany Church (Singapore) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bcs.org.sg/

Pelan yang Berkaitan