Doa yang berkuasaSampel

Doa yang berkuasa

HARI 5 DARIPADA 5

Rahsia dari Para Misionaris besar

Orang-orang yang telah melakukan banyak perkara untuk Tuhan adalah orang-orang yang berdoa. John Wesley menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam sehari berdoa. Samuel Rutherford bangun pada pukul 3 pagi untuk menunggu Tuhan. John Fletcher dikatakan telah mencemarkan dinding biliknya dengan nafas doa. Misonaris yang hebat adalah mereka yang berdoa.

Ingatlah David Brainerd yang meninggal dunia pada umur 29 tahun dan Henry Martyn pada umur 31. Nama mereka walaupun meninggal pada usia muda, menonjol di antara nama-nama misionaris yang paling bersinar.

Para pemuda ini bukan sahaja mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap generasi mereka, tetapi juga pada generasi seterusnya. Hal ini berlaku bukan kerana kerja keras mereka, yang dapat dilakukan dengan pantas, tetapi kerana kehidupan doa dan karakter kudus mereka yang menimbulkan kesan.

Renungan

Seringkali kita melemahkan kuasa doa dalam kehidupan kita dengan tidak menghabiskan banyak masa berdoa. Semasa kita berdoa, adakah kita percaya bahawa doa kita dapat menggerakkan tangan Tuhan untuk mengubah generasi? Marilah kita lebih bertekun lagi dalam berdoa, dan kita akan melihat kuasa Tuhan berkerja dalam kehidupan kita.

Setiap gerakan Tuhan yang hebat dapat dikesan melalui suatu sosok yang berlutut (D. L. Moody)

Hari 4

Perihal Pelan

Doa yang berkuasa

Doa adalah nafas setiap orang yang percaya. Doa bukanlah sesuatu yang kita lakukan apabila kita memerlukan sesuatu, tetapi ia harus menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Doa yang berkuasa adalah doa yang penuh dengan iman kepada Tuhan. Apabila kita berdoa, marilah kita sentiasa percaya bahawa Tuhan mampu menjawab setiap doa kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Bethany Church (Singapore) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bcs.org.sg/

Pelan yang Berkaitan