Apakah Langkah Seterusnya: Edisi PelajarSampel

What's Next: Student Edition

HARI 2 DARIPADA 7

Identiti Allah

Allah ialah pencipta segala sesuatu, syurga dan bumi serta segala sesuatu di bumi. Segala sesuatu dicipta oleh Dia dan untuk Dia. Namun, perkara yang amat menakjubkan adalah Allah merupakan pencipta agung ke atas segala sesuatu dalam alam semesta dan Dia juga mengetahui setiap rambut kepala anda. Allah adalah kasih. Dia mengenali anda dan mengasihi anda secara mendalam dan peribadi dan ingin membina hubungan dengan anda. Ini bagaikan Mark Zuckerburg, pencipta Facebook, menjadi kawan karib dengan setiap orang yang memiliki akaun Facebook dan mengetahui segala sesuatu tentang mereka. Ok, ok, ia langsung tidak setanding itu. Namun anda memahaminya. Allah telah mencipta segala sesuatu tetapi ingin mengenali anda secara peribadi. Maka mulalah membina hubungan anda dengan Allah. Kenali Dia melalui pembacaan Alkitab dan meluangkan masa dalam doa.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

What's Next: Student Edition

Dalam pelan asas selama 7 hari ini, anda akan menemui firman Allah untuk membantu anda mengetahui siapakah Allah dan siapakah anda sebagaimana yang dicipta-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada LifeChurch.tv kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.lifechurch.tv.

Pelan yang Berkaitan