Satu Perkataan yang akan Mengubah Kehidupan AndaSampel
Proses Satu Perkataan
Sedia
Walaupun gembar-gembur, kita masih suka kenyataan bahawa Tahun Baru adalah peluang untuk lupakan yang lepas-lepas dan memulakan semula. Kita bebas untuk mengurangkan berat badan sebanyak 10 paun, mengekalkan renungan harian, memenangi lebih banyak permainan, berlatih dengan lebih tekun, berdoa dengan lebih setia, meluangkan masa yang lebih bersama keluarga, membayar bil, memperbaiki gred ataupun berkongsi tentang Yesus Kristus dengan lebih ramai ahli pasukan dan kawan. Namun, realitinya adalah senarai azam yang panjang tersebut jarang menjadi kenyataan.
Satu penyelesaiannya adalah membuang semua itu dan dipendekkan menjadi satu kata kunci untuk tahun akan datang, menjadikannya asas dan ringkas.
Maka, marilah melihat bahagian konsep tema Satu Perkataan yang praktikal. Berikut adalah langkah-langkah untuk membantu anda mencari tema Satu Perkataan anda. Ingatlah bahawa proses ini memakan masa, tetapi ia adalah berbaloi. Sama ada anda ialah seorang atlet, jurulatih, ibu bapa atau pemimpin perniagaan, proses ini boleh memudahkan penerobosan buat anda dalam setiap lingkungan kehidupan anda.
Proses Satu Perkataan ini terdiri daripada tiga langkah mudah – Memandang ke Dalam, Memandang ke Atas, Memandang ke Luar.
Langkah 1– Menyiapkan Hati Anda (Memandang ke Dalam) – Pada langkah ini, anda mengambil tindakan untuk melepaskan kesibukan, bunyi dan gangguan. Pencarian kesunyian dan kesenyapan mungkinlah tugas yang sukar, tetapi mendengar daripada Allah adalah penting. Apabila kita membenarkan Allah untuk memeriksa hati kita, Dia akan memberikan kita kejelasan.
Langkah 2 – Mencari Perkataan Anda (Memandang ke Atas) – Langkah ini membantu kita berhubung dan mendengar kepada Allah. Mengambil masa untuk berdoa—perbualan yang ringkas dengan Allah—adalah titik permulaannya. Tanya Dia: Apakah yang Engkau mahu lakukan dalam saya dan melalui saya pada tahun ini? Soalan ini akan membantu anda untuk menemui perkataan yang dimaksudkan untuk anda. Jangan pilih perkataan yang baik; terimalah perkataan Allah.
Langkah 3 – Mengerjakan Perkataan Anda (Memandang ke Luar) – Setelah anda menemui perkataan yang dimaksudkan untuk anda, tibalah masanya untuk mengerjakannya. Perkataan anda akan memberikan kesan dalam semua lingkungan kehidupan anda: dari segi fizikal, mental, rohani, emosi, hubungan dan juga kewangan. Tetapkan satu perkataan anda itu sebagai keutamaan anda. Beritahu rakan akauntabiliti dan keluarga anda tentang perkataan anda untuk tahun ini. Tuliskannya dalam jurnal anda. Lekatkannya pada peti sejuk anda. Bercakap tentangnya dengan keluarga anda semasa makan. Lakukan apa jua yang perlu untuk menjadikannya tumpuan anda dan agar ia tetap segar.
Kami berdoa agar tahun ini adalah tahun penerobosan buat anda apabila Tuhan membawa anda ke tahap seterusnya dan menggunakan Satu Perkataan anda untuk membawa kemuliaan kepada-Nya!
Mula
1. Apakah yang dikatakan Allah kepada anda sekarang tentang tema Satu Perkataan anda?
2. Luangkan masa yang serius untuk berdoa dan meminta agar Allah berbicara kepada anda.
3. Lakukan tiga langkah ini dan benarkan Allah untuk mendedahkan perkataan yang dimaksudkan buat anda.
Latihan
Mazmur 27:4, Mazmur 84, Mazmur 139
Lebih Masa
"Tuhan, saya berdoa untuk tahun penerobosan. Gunakan tema Satu Perkataan ini untuk membawa kemuliaan kepada-Mu. Bangunkan saya melalui proses ini. Nyatakan kebenaran dan wahyu kepada saya. Jadikannya jelas kepada saya. Berfirmanlah, ya Tuhan. Hamba-Mu mendengar. Dalam nama Yesus, amin.”
Perihal Pelan
ONE WORD membantu anda memudahkan kehidupan anda dengan memfokus pada SATU PERKATAAN sahaja sepanjang tahun ini. Kesederhanaan menemui satu perkataan Allah buat anda menjadikannya suatu mangkin untuk perubahan hidup. Keselerakan dan kerumitan membawa kepada pelengahan kerja dan kelumpuhan, sementara kesederhanaan dan fokus membawa kepada kejayaan dan kejelasan. Renungan 4 hari ini menunjukkan kepada anda cara mendekati teras tujuan anda untuk menemukan visi satu perkataan untuk tahun ini.
More