Hasil carian

1 YOHANES 4:18 (BM)

Orang yang menikmati kasih Allah tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut. Oleh itu, orang yang belum menikmati kasih Allah dengan sempurna, akan takut menghadapi hukuman pada Hari Kiamat.

EFESUS 3:18 (BM)

Dengan demikian kamu bersama-sama umat Allah, dapat sungguh-sungguh memahami betapa luas dan panjangnya serta betapa tinggi dan dalamnya kasih Kristus,

1 YOHANES 4:17 (BM)

Kasih disempurnakan dalam diri kita, supaya kita beroleh keberanian pada Hari Kiamat kelak. Kita tentu akan mempunyai keberanian, kerana hidup kita di dunia ini seperti hidup Kristus.

MAZMUR 118:2 (BM)

Hendaklah umat Israel berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.”

MAZMUR 118:3 (BM)

Hendaklah imam-imam Allah berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.”

MAZMUR 136:6 (BM)

Dia menghamparkan bumi di atas air; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:7 (BM)

Dia menjadikan matahari dan bulan; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:2 (BM)

Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:3 (BM)

Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:4 (BM)

Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:5 (BM)

Dengan kebijaksanaan-Nya Dia menjadikan langit; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:14 (BM)

Dia memimpin umat-Nya melalui laut itu; kasih-Nya kekal abadi;

MAZMUR 136:17 (BM)

Dia membunuh raja-raja yang berkuasa; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:18 (BM)

Dia membunuh raja-raja yang termasyhur; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:19 (BM)

Dia membunuh Sihon, raja orang Amori; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:8 (BM)

Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:16 (BM)

Dia memimpin umat-Nya melalui gurun; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:20 (BM)

Dia membunuh Og, raja negeri Basan; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:21 (BM)

Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 118:1 (BM)

Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:12 (BM)

Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:13 (BM)

Dia membelah Laut Gelagah; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:15 (BM)

tetapi Dia menenggelamkan raja Mesir dan tenteranya; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:22 (BM)

Dia memberikannya kepada Israel, hamba-Nya; kasih-Nya kekal abadi.

MAZMUR 136:23 (BM)

Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan; kasih-Nya kekal abadi.