Hasil carian
EFESUS 6:10 (BM)
Akhirnya, binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan Dia.
AMSAL 24:5 (BM)
Hikmat lebih baik daripada kekuatan. Sesungguhnya pengetahuan lebih baik daripada kekuatan,
EFESUS 6:11 (BM)
Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat.
KOLOSE 1:29 (BM)
Untuk mencapai tujuan itu aku bekerja keras dengan segala kekuatan yang diberikan oleh Kristus, dan kekuatan itu nyata dalam apa yang aku lakukan.
YESAYA 40:30 (BM)
Orang muda pun menjadi letih dan lesu; anak muda pun jatuh kerana keletihan.
2 TIMOTIUS 1:7 (BM)
Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.
AMSAL 24:4 (BM)
Apabila ada pengetahuan, bilik-biliknya dilengkapi barang-barang yang berharga dan indah.
YESAYA 40:31 (BM)
Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN akan mendapat kekuatan baru. Mereka seperti burung rajawali, yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya. Mereka akan berlari dan tidak lelah; mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.
MAZMUR 84:7 (BM)
Sedang mereka melalui lembah Baka yang kering, lembah itu pun menjadi tempat yang bermata air; hujan awal memenuhi kolam-kolamnya.
EFESUS 6:9 (BM)
Hai pemilik abdi, perlakukanlah abdi kamu dengan sepatutnya. Jangan lagi gunakan ancaman. Ketahuilah bahawa kamu dan abdi kamu dimiliki oleh satu tuan, iaitu Tuhan yang di syurga, yang menghakimi semua orang dengan adil.
YEREMIA 49:4 (BM)
Mengapakah kamu berbangga, hai umat yang tidak setia? Lihatlah, kekuatan kamu mula hilang. Mengapakah kamu bersandar kepada kekuatan sendiri dan berkata bahawa tiada sesiapa pun berani menyerang kamu?
AYUB 40:16 (BM)
tetapi perhatikanlah tenaga pada badannya, dan kekuatan pada ototnya.
MAZMUR 89:14 (BM)
Betapa besarnya kuasa-Mu, dan betapa hebatnya kekuatan-Mu!
MAZMUR 59:10 (BM)
Aku yakin akan kekuatan-Mu; ya Allah, Engkaulah pernaunganku.
AMSAL 24:6 (BM)
kerana kamu harus membuat rancangan dengan baik-baik sebelum kamu berperang. Semakin banyak nasihat yang kamu terima, semakin besar pula harapan kamu untuk menang.
AYUB 28:25 (BM)
Apabila Dia memberi angin kekuatan, dan keluasan laut ditentukan-Nya;
KOLOSE 2:1 (BM)
Aku ingin kamu tahu bahawa aku bekerja keras untuk kamu dan untuk mereka yang di Laodikia, serta untuk semua orang lain yang belum mengenal aku.
MAZMUR 23:3 (BM)
Dia memberi aku kekuatan baru. Dia membimbing aku di jalan yang benar, sebagaimana yang dijanjikan-Nya.
AYUB 30:21 (BM)
Engkau bersikap kejam terhadapku; Engkau menganiaya aku dengan segenap kekuatan-Mu.
MAZMUR 89:22 (BM)
Kekuatan-Ku sentiasa bersama-sama dia, kuasa-Ku akan menguatkan dia.
MAZMUR 84:8 (BM)
Kekuatan mereka semakin bertambah; mereka akan menghadap Allah di Bukit Sion.
AMSAL 20:29 (BM)
Orang muda dikagumi kerana kekuatan, dan orang tua dihormati kerana uban.
YEREMIA 48:25 (BM)
Kekuatan Moab telah dihancurkan; kuasanya telah dipatahkan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
YEHEZKIEL 22:6 (BM)
Semua pemimpin Israel bergantung kepada kekuatan mereka sendiri dan melakukan pembunuhan.
YEREMIA 49:5 (BM)
Aku akan mendatangkan kegentaran kepada kamu dari segala arah. Kamu semua akan lari, masing-masing mencuba menyelamatkan diri. Tiada sesiapa pun akan mengumpulkan pasukan kamu lagi.