Hasil carian
YEREMIA 8:15 (BM)
Sia-sia sahaja kita mengharapkan kedamaian dan masa penyembuhan, kerana yang datang hanya ketakutan.
YEREMIA 8:16 (BM)
Musuh sudah berada di kota Dan; dengus kuda mereka sudah kedengaran. Seluruh negeri ketakutan apabila kuda mereka meringkik. Musuh sudah datang untuk menghancurkan seluruh negeri kita, dan juga kota kita serta semua penduduknya.”
YEREMIA 8:14 (BM)
Umat Allah berkata, “Mengapa kita tidak berbuat apa-apa? Marilah kita lari ke kota-kota berkubu; biarlah kita mati di sana. TUHAN, Allah kita telah mengambil keputusan untuk membiarkan kita binasa. Dia telah memberi kita racun untuk diminum kerana kita berdosa terhadap-Nya.