Hasil carian
WAHYU 19:8 (BM)
Pengantin perempuan itu telah diberikan pakaian linen yang bersih dan berkilauan untuk dikenakan.” (Pakaian linen itu perbuatan baik yang dilakukan oleh umat Allah.)
WAHYU 19:7 (BM)
Marilah kita bersukacita dan bergembira! Marilah kita memuji keagungan-Nya, kerana masa perkahwinan Anak Domba sudah tiba dan pengantin perempuan-Nya sudah siap untuk perkahwinan itu.
KEJADIAN 29:22 (BM)
Maka Laban membuat jamuan perkahwinan dan menjemput semua orang.
MATIUS 22:8 (BM)
Lalu raja memanggil hamba-hambanya dan bertitah, ‘Majlis perkahwinan sudah siap, tetapi semua orang yang dijemput itu tidak layak menerima jemputan itu.
MATIUS 22:3 (BM)
Raja menyuruh hamba-hambanya memberitahu para jemputan supaya datang ke majlis jamuan itu. Tetapi mereka tidak mahu datang.
MATIUS 22:9 (BM)
Sekarang pergilah ke jalan raya dan jemputlah seberapa banyak mungkin orang yang kamu temui, ke majlis perkahwinan ini.’
WAHYU 19:6 (BM)
Kemudian aku mendengar sesuatu seperti suara sekumpulan orang ramai, seperti deruman air terjun, dan seperti gemuruh guruh. Aku mendengar mereka berkata, “Pujilah Allah, kerana Tuhan, Allah kita Yang Maha Kuasa itu Raja!
HAKIM-HAKIM 14:20 (BM)
Kemudian isteri Simson diberikan kepada orang yang menjadi pengiring Simson pada waktu perkahwinan.
YOHANES 2:1 (BM)
Dua hari kemudian, ada majlis perkahwinan di kota Kana di negeri Galilea. Ibu Yesus di sana.
MATIUS 22:2 (BM)
Dia berkata, “Apabila Allah memerintah, keadaannya seperti perumpamaan ini. Seorang raja mengadakan majlis perkahwinan untuk puteranya.
MATIUS 11:17 (BM)
‘Kami memainkan lagu perkahwinan untuk kamu, tetapi kamu tidak mahu menari! Kami meratap, tetapi kamu tidak mahu menangis!’
LUKAS 5:34 (BM)
Yesus menjawab, “Dapatkah kamu menyuruh tetamu di jamuan perkahwinan berpuasa selama pengantin lelaki bersama-sama mereka? Tentu tidak!
YOHANES 2:2 (BM)
Yesus dan pengikut-pengikut-Nya juga dijemput ke majlis tersebut.
KEJADIAN 29:28 (BM)
Yakub bersetuju, dan apabila selesai pesta perkahwinan itu, Laban menyerahkan Rahel kepada Yakub untuk menjadi isterinya. (
MATIUS 22:1 (BM)
Yesus berkata-kata lagi kepada orang ramai dengan menggunakan perumpamaan.
MARKUS 2:19 (BM)
Yesus menjawab, “Adakah tetamu di jamuan perkahwinan berpuasa? Tentu tidak! Selama pengantin lelaki masih bersama-sama mereka, mereka tidak berpuasa.
MATIUS 11:16 (BM)
Dengan apakah dapat Aku bandingkan orang zaman ini? Mereka seperti anak-anak yang duduk di pasar. Kumpulan yang satu berseru kepada yang lain,
KEJADIAN 29:23 (BM)
Tetapi pada malam itu, untuk menggantikan Rahel, Laban menghantar Lea kepada Yakub, lalu Yakub bersetubuh dengan Lea. (
MATIUS 22:7 (BM)
Raja itu sangat murka dan menyuruh askar-askarnya membunuh semua pembunuh itu serta membakar kota mereka.
IBRANI 13:5 (BM)
Janganlah hidup kamu dikuasai oleh cinta akan wang. Hendaklah kamu puas hati dengan apa yang kamu miliki. Allah sudah berfirman, “Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu.”
2 RAJA-RAJA 8:27 (BM)
Raja Ahazia ada hubungan keluarga dengan Raja Ahab kerana perkahwinan itu. Raja Ahazia juga berdosa terhadap TUHAN seperti keluarga Raja Ahab.
YEREMIA 25:10 (BM)
Aku akan menghentikan sorak kegembiraan dan pesta perkahwinan mereka. Mereka tidak akan mempunyai minyak untuk pelita, dan gandum mereka akan habis.
KEJADIAN 29:21 (BM)
Kemudian Yakub berkata kepada Laban, “Masanya sudah tiba; benarkanlah saya berkahwin dengan anak perempuan pak cik!”
IBRANI 13:4 (BM)
Perkahwinan harus dihormati oleh semua orang. Suami isteri harus setia kepada satu sama lain. Allah akan menghakimi orang yang melakukan perbuatan cabul dan orang yang berzina.
MARKUS 2:20 (BM)
Tetapi akan tiba masanya apabila pengantin lelaki itu diambil daripada mereka. Pada masa itulah mereka berpuasa.