Hasil carian

AMSAL 24:26 (BM)

Jawapan yang jujur membuktikan persahabatan yang sejati.

1 KORINTUS 15:33 (BM)

Janganlah kamu tertipu! “Persahabatan yang buruk merosakkan akhlak baik.”

2 TAWARIKH 16:3 (BM)

“Marilah kita mengikat persahabatan seperti yang dilakukan ayahanda kita dahulu. Emas dan perak ini hadiah untuk tuanku. Putuskanlah persahabatan tuanku dengan Raja Baesa di Israel, supaya raja Israel itu terpaksa menarik kembali tenteranya dari wilayah beta.”

AMSAL 17:9 (BM)

Jika ingin disukai orang, maafkanlah kesalahan yang dilakukan mereka. Membangkit-bangkit kesalahan akan memutuskan persahabatan.

2 TAWARIKH 20:36 (BM)

Mereka membina kapal-kapal besar di Ezion-Geber,

2 TAWARIKH 20:35 (BM)

Pada suatu masa, Raja Yosafat mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Ahazia dari Israel, yang melakukan banyak kejahatan.

2 TAWARIKH 16:4 (BM)

Raja Benhadad bersetuju dengan cadangan Raja Asa, lalu Raja Benhadad mengirim para panglima dan tentera mereka untuk menyerang kota-kota Israel. Mereka merebut Iyon, Dan, Abel-Bet-Maakha, dan semua kota di Naftali, iaitu tempat-tempat penyimpanan perbekalan negeri.

2 TAWARIKH 16:2 (BM)

Oleh itu Raja Asa mengambil perak dan emas dari perbendaharaan di Rumah TUHAN dan di istana. Kemudian Raja Asa mengirimnya ke Damsyik kepada Raja Benhadad raja Siria, dengan pesan berikut,

1 KORINTUS 15:34 (BM)

Hendaklah kamu insaf dan jangan berdosa lagi. Kamu seharusnya malu, kerana beberapa orang antara kamu masih belum mengenal Allah.

AMSAL 24:27 (BM)

Jangan bina rumah sebelum ladang kamu siap. Jangan dirikan rumah tangga sebelum kamu sanggup mencari nafkah.

AMSAL 24:25 (BM)

Tetapi hakim yang menjatuhkan hukuman kepada orang yang bersalah, akan berjaya dan menjadi terkenal.

1 SAMUEL 23:18 (BM)

Kemudian Daud dan Yonatan mengikat janji persahabatan di hadapan TUHAN. Setelah itu Yonatan pulang ke rumahnya, sedangkan Daud tetap tinggal di Hores.

AMSAL 17:8 (BM)

Ada orang berpendapat bahawa rasuah dapat membuat keajaiban; mereka percaya segalanya terlaksana dengan rasuah.

AMSAL 17:10 (BM)

Satu kali ditegur ajar lebih bererti bagi orang bijak, daripada seratus kali cambukan pada orang bodoh.

2 TAWARIKH 20:34 (BM)

Segala perbuatan Raja Yosafat, dari permulaan pemerintahannya sehingga akhir, tercatat di dalam kitab Sejarah Yehu Anak Hanani, iaitu sebahagian daripada kitab Sejarah Raja-Raja Israel.

1 KORINTUS 15:32 (BM)

Dari segi kemanusiaan, apa gunanya berjuang seolah-olah melawan binatang buas di kota Efesus ini? Jika memang orang mati tidak dihidupkan semula, maka lebih baik kita hidup seperti pepatah ini, “Marilah kita makan minum dan bersuka-suka, kerana esok kita akan mati.”

1 SAMUEL 23:17 (BM)

Yonatan berkata kepadanya, “Jangan takut, engkau tidak akan jatuh ke tangan bapaku. Dia tahu betul bahawa engkaulah yang akan menjadi raja Israel dan bahawa aku akan mendapat kedudukan di bawahmu.”

2 TAWARIKH 20:37 (BM)

tetapi Eliezer anak Dodawa dari kota Maresa memberikan amaran kepada Raja Yosafat. Katanya, “Oleh sebab tuanku mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Ahazia, TUHAN akan memusnahkan apa yang telah tuanku bina.” Kemudian kapal-kapal yang telah dibina itu musnah dan tidak dapat belayar sama sekali.

AMOS 1:8 (BM)

Aku akan melucutkan kuasa para penguasa kota Asdod dan Askelon. Aku akan menghukum kota Ekron dan membinasakan semua orang Filistin yang masih hidup.”

AMOS 1:9 (BM)

TUHAN berfirman, “Penduduk Tirus sudah berkali-kali berdosa, oleh itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka sudah membawa semua orang daripada satu bangsa ke pembuangan di negeri Edom; mereka tidak menepati perjanjian persahabatan yang dibuat oleh mereka.

1 SAMUEL 23:19 (BM)

Kemudian beberapa orang dari Zif menghadap Raja Saul di Gibea dan berkata, “Daud bersembunyi di dalam wilayah hamba sekalian di tempat-tempat perlindungan di Hores, di atas Bukit Hakhila, di bahagian selatan padang gurun Yehuda.

AMOS 1:10 (BM)

Oleh itu Aku akan mengirim api ke tembok kota Tirus dan membakar kubu-kubunya.”

2 TAWARIKH 21:1 (BM)

Raja Yosafat mangkat lalu dimakamkan di makam diraja di Kota Daud, dan puteranya Yehoram menggantikan baginda sebagai raja.

1 RAJA-RAJA 15:20 (BM)

Raja Benhadad bersetuju dengan cadangan Raja Asa, lalu mengirim para panglima dan tenteranya untuk menyerang kota-kota Israel. Mereka merebut Iyon, Dan, Abel-Bet-Maakha, Kinerot dekat Tasik Galilea, dan seluruh wilayah Naftali.

HOSEA 12:3 (BM)

TUHAN mempunyai tuduhan terhadap orang Yehuda; dan Dia akan menghukum orang Israel juga kerana tingkah laku mereka. Dia akan membalas perbuatan mereka.