Injil Mathius 4

4
FATSAL IV.
1KUMDIAN deripada itu, maka Isa pun dibawalah ulih Roh pŭrgi kapada suatu padang bŭlantara, supaya dichobai ulih Iblis akan dia.
2Hata maka puasalah iya ampat puloh hari ampat puloh malam, kumdian deripada itu, bahrulah iya lapar.
3Maka Iblis itupun datanglah kapadanya sambil bŭrkata, Jikalau kiranya angkau anak Allah, maka surohkanlah batu batu ini mŭnjadi roti.
4Tŭtapi jawab Isa, katanya, Bahwa tŭlah tŭrsurat, bukannya manusia ini bulih hidop dŭngan makan roti sahja, mŭlainkan ulih tiap tiap pŭrkataan yang tŭrbit deripada mulot Allah.
5Sŭtlah itu lalu diambil Iblis akan Isa pula, dibawanya pŭrgi kaBethalmukadis, sŭrta didirikannya akan dia diatas bumbongan ka’abah;
6Maka katanya pula pada Isa, Jikalau kiranya angkau anak Allah, tŭrjunkanlah dirimu kabawah, kŭrna sudah tŭrsurat, Bahwa Allah akan bŭrfŭrman kapada sagala maliekatnya deri halmu, maka akan ditatangnya dikau diatas tangannya supaya jangan tŭrantak kakimu pada batu.
7Maka bŭrkata Isa padanya, Bahwa tŭlah tŭrsurat pula, maka janganlah angkau mŭnchobai Tuhan Allahmu itu.
8Maka dibawalah ulih Iblis pula akan dia ka’atas sa’buah bukit yang amat tinggi, lalu diunjokkannyalah padanya sagala krajaan dunia dan kamulianaya;
9Maka katanya pada Isa, Bahwa skalian ini akan kubrikan padamu, jikalau angkau mahu sujud mŭnyŭmbah aku.
10Maka tŭtkala itu bŭrkata Isa padanya, Nyahlah angkau hie Shietan, kŭrna sudah tŭrsurat, Bahwa handaklah angkau mŭnyŭmbah Tuhan Allahmu, sŭrta bŭribadat kapadanya sahja.
11Sŭtlah itu, maka undorlah Iblis deripadanya, hieran, maka datanglah bŭbrapa maliekat mŭlayani akan dia.
12¶ Maka apabila didŭngar ulih Isa akan khabar Yahya sudah dimasokkan orang kadalam pŭnjara, lalu iyapun pŭrgilah kaGalilia.
13Maka sŭtlah sudah iya mŭninggalkan Nazareth, lalu datanglah iya diam diKapŭrnaom, yang ditŭpi pantie tasik pada batasan tanah Zabulan dan Nafthali.
14Supaya gŭnaplah pŭrkataan yang dikatakan ulih Nabi Jasia, katanya,
15Tanah Zabulan dan Nafthali, dŭkat kŭtasik yang disŭbrang Jordan, iya itu Galilia orang sŭsat.
16Adapun orang yang dudok dalam gŭlap tŭlah mŭlihat suatu trang yang amat bŭsar: dan bagie sagala orang yang dudok dalam bŭnua yang dinawangi ulih kamatian, tŭlah tŭrbitlah suatu trang adanya.
17¶ Arkian maka deripada kutika itu, bahrulah dimulie ulih Isa mŭngajar, katanya, Taubatlah kamu, kŭrna krajaan shorga sudah dŭkat.
18¶ Maka apabila Isa bŭrjalan ditŭpi pantie tasik Galilia itu, lalu dilihatnya dua orang bŭrsaudara, iya itu Simon yang bŭrgŭlar Petrus, dau Andria saudaranya, marika itu mŭmbuang pukat dalam tasik itu, kŭrna marika itu pŭmukat.
19Maka bŭrkatalah Isa padanya, Marilah kamu mŭngikot aku, kŭrna aku handak mŭnjadikan kamu pŭmukat manusia.
20Maka pada kutika itu juga marika itu mŭninggalkan pukatnya, lalu mŭngikot akan dia.
21Maka apabila Isa sudah bŭrjalan deri sana, lalu dilihatnya pula dua orang lain bŭrsaudara, iya itu Yakob anak Zabdi, dan Yahya saudaranya, dalam sa’buah pŭrahu, sŭrta dŭngan bapanya Zabdi itu mŭmbubol pukatnya, lalu dipanggil ulih Isa akan marika itu.
22Maka dŭngan skutika itu juga marika itu mŭninggalkan pŭrahunya sŭrta bapanya, lalu diikotnya akan dia.
23¶ Bŭrmula maka Isa pun mŭnjalanilah akan sagala tanah Galilia, sambil mŭngajar dalam kanisa kanisa marika itu, sŭrta mŭmashorkan Injil krajaan Allah, dan lagi mŭnyŭmbohkan sagala jŭnis pŭnyakit dan pŭnyakitan diantara kaum itu.
24Maka pŭchahlah wartanya itu sampie bŭrkŭliling sagala bŭnua Syria: maka dibawakan oranglah kapadanya sagala orang yang sakit dŭngan bŭrjŭnis jŭnis pŭnyakit, dan sŭngsara, dan orang yang kŭna jin, dan orang gila babi, dan orang tepok; maka disŭmbuhkanlah ulih Isa akan marika itu.
25Maka banyaklah orang mŭngikot akan dia deri tanah Galilia, dan deri nŭgri Dikapulis, dan deri nŭgri Jerusalem, dan tanah Yahuda, dan deri tanah yang disŭbrang sungie Jordan.

Kleurmerk

Deel

Kopieer

None

Wil jy jou kleurmerke oor al jou toestelle gestoor hê? Teken in of teken aan