1
1 Petrus 3:15-16
Alkitab Versi Borneo
Hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hatimu dan sentiasa bersedia memberikan jawapan yang meyakinkan apabila seseorang bertanyakan asas harapan dalam hatimu. Jawab dengan lembut dan hormat, serta dengan suara hati yang murni. Dengan demikian mereka yang mencela kelakuan baikmu dalam Kristus akan berasa malu.
Bandingkan
Selidiki 1 Petrus 3:15-16
2
1 Petrus 3:12
Kerana mata Tuhan tertuju kepada orang yang benar dan telinga-Nya mendengar doa mereka, tetapi wajah Tuhan menentang mereka yang berbuat jahat.”
Selidiki 1 Petrus 3:12
3
1 Petrus 3:3-4
Janganlah hiasi dirimu di luar sahaja — mendandan rambut, memakai emas atau pakaian indah. Hiasilah batinmu, dengan keindahan yang tidak dapat dimusnahkan, iaitu bersikap lembut dan tenang, yang sangat berharga di mata Allah.
Selidiki 1 Petrus 3:3-4
4
1 Petrus 3:10-11
Kerana, “Sesiapa yang mencintai hidup dan mengalami masa yang baik hendaklah menjaga lidahnya daripada kejahatan dan bibirnya daripada kata-kata yang palsu. Hendaklah dia tinggalkan kejahatan dan lakukan kebaikan; hendaklah dia cari dan buru kedamaian.
Selidiki 1 Petrus 3:10-11
5
1 Petrus 3:8-9
Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik. Jangan balas kejahatan dengan kejahatan atau celaan dengan celaan. Sebaliknya balaslah dengan memohon Allah memberkati mereka. Kamu mengetahui bahawa Allah telah memanggilmu supaya kamu mendapat berkat kelak.
Selidiki 1 Petrus 3:8-9
6
1 Petrus 3:13
Siapakah yang akan menyakitimu jika kamu berbuat kebaikan dengan penuh semangat?
Selidiki 1 Petrus 3:13
7
1 Petrus 3:11
Hendaklah dia tinggalkan kejahatan dan lakukan kebaikan; hendaklah dia cari dan buru kedamaian.
Selidiki 1 Petrus 3:11
8
1 Petrus 3:17
Jika dikehendaki Allah kamu menderita kerana melakukan kebaikan, itu lebih baik daripada menderita kerana melakukan kejahatan.
Selidiki 1 Petrus 3:17
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video