Kesah sagal Rasul 18

18
FATSAL XVIII.
1SHAHADAN kumdian deri pada sagala pŭrkara ini, maka kluarlah Paulus deri Athen, lalu sampielah kanŭgri Korinthus.
2Maka didapatinyalah disana sa’orang Yahudi yang bŭrnama Akila, iya itu dipranakkan dinŭgri Pontus, bahru datang deri bŭnua Italia, sŭrta dŭngan istrinya yang bŭrnama Priskila; sŭbab Kiesar Klaudius tŭlah bŭrtitah mŭngundorkan sagala orang Yahudi deri nŭgri Rom; maka datanglah Paulus kapada marika itu.
3Maka sŭbab sama pŭnchariannya, tinggallah iya bŭrsama sama dŭngan marika itu, sŭrta bŭkŭrjalah, kŭrna pŭncharian marika itu mŭnjadi tukang mŭmbuat khemah.
4Bŭrmula maka adalah pada tiap tiap hari sabtu Paulus mŭngajar dalam kŭnisa, dan mŭmbujok orang Yahudi dan orang Grika.
5Adapun apabila Silas dan Timothius datanglah deri Makadonia, maka bŭrgŭraklah hati Paulus, sambil iya bŭrsaksi kapada orang Yahudi, bahwa Isa itulah Almasih adanya.
6Tŭtapi apabila marika itu mŭlawan akan dia sŭrta mŭnghujat, maka dikŭbaskannyalah pakieannya, sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Bahwa kŭbinasaanmu tŭrtanggonglah ka’atas kŭpalamu juga, aku tŭlah suchilah; maka skarang pun aku handak pŭrgi kapada orang sŭsat.
7¶ Maka sŭtlah sudah iya lalu deri sana, masoklah iya kŭrumah sa’orang yang bŭrnama Jastus, iya itu sa’orang bŭrbakti kapada Allah, maka rumahnya itu pun adalah bŭrhubong dŭngan kŭnisa.
8Maka adapun Krispus pŭnghulu kŭnisa itu, sŭrta sagala isi rumahnya pun pŭrchayalah akan Tuhan, maka bŭbrapa orang Korinthus yang mŭnŭngar itu pun pŭrchayalah, sŭrta dibaptisakan dia.
9Maka bŭrfŭrmanlah Tuhan kapada Paulus dalam suatu pŭnglihatan pada malam, Bahwa janganlah angkau takot, mŭlainkan ajarkan juga; janganlah bŭrdiam dirimu.
10Kŭrna aku ini ada bŭsŭrta dŭngan dikau, maka barang sa’orang jua pun tiada dapat mŭlanggar, atau mŭndatangkan bahya ka’atasmu, kŭrna kaumku ada banyak dalam nŭgri ini.
11Maka dudoklah iya disana sa’tahun anam bulan lamanya mŭngajar pŭrkataan Allah diantara marika itu.
12¶ Sŭbarmula maka tŭtkala Gallio mŭnjadi pŭnghulu dibŭnua Akaia, maka bŭrbangkitlah sagala orang Yahudi dŭngan satu hati mŭlawan Paulus, sŭrta dibawanya akan dia katŭmpat bichara.
13Katanya, Bahwa orang inilah mŭngajak manusia mŭnyŭmbah Allah atas jalan yang mŭlawan tauret.
14Maka apabila Paulus pun handak mumbuka mulotnya, maka bŭrkatalah Gallio kapada orang orang Yahudi, Kalau bichara derihal kŭsalahan, atau putar balik, bulihlah aku tahu dŭngan kamu mŭnurot akal.
15Tŭtapi jikalau ini suatu sual derihal pŭrkataan, atau nama nama, atau hukum agama, lihatlah kamu sŭndiri juga, aku tiada mahu mŭnjadi hakim atas pŭrkara yang dŭmkian ini.
16Lalu dihalaukannyalah akan marika itu deri tŭmpat bichara.
17Maka ditangkap ulih orang Grika akan Sosthenis pŭnghulu kŭnisa itu, lalu dipukolnya akan dia dihadapan tŭmpat bichara; tŭtapi tiada dipŭdulikan ulih Gallio akan sagala pŭrkara ini.
18¶ Adapun sŭtlah Paulus sudah tinggal bŭbrapa lamanya disana, maka bŭrmohonlah iya kapada sagala saudara, lalu naiklah iya kakapal, lalu bŭrlayar kabŭnua Syria, dan adalah Priskila dan Akila bŭrsama sama dŭngan dia; sŭtlah sudah Paulus mŭnggunting rambut kŭpalanya dinŭgri Kenkeria, kŭrna iya tŭlah bŭrnazar.
19Hata maka sampielah iya kaEfesus, maka ditinggalkannyalah marika itu disana, mŭlainkan iya sŭndiri juga masok kŭdalam kŭnisa, lalu mŭngajar orang Yahudi.
20Shahadan maka dipintalah ulih marika itu supaya iya tinggal sŭdikit hari lagi sŭrtanya, maka ŭngganlah iya.
21Maka bŭrmohonlah iya kapada marika itu, katanya, Ta’dapat tiada aku handak mŭndapati hari raya yang datang ini diJerusalem, kŭmdian aku akan kŭmbali kapada kamu skalian, insha Allah. Hata bŭrlayarlah iya deri Efesus.
22Maka sŭtlah sampielah iya kanŭgri Kesaria, lalu naiklah iya kŭdarat, sŭrta mŭlawat sidang jŭmaah disana, maka turonlah iya kaAntiok.
23Maka sŭtlah sudah iya diam disana bŭbrapa lamanya, maka kluarlah iya mŭlalui bŭrturot turot bŭnua Galatia dan Frijia, sambil mŭuŭtapkan sagala murid itu.
24¶ Alkesah maka adalah sa’orang orang Yahudi yang bŭrnama Apollos, yang dipranakkan dinŭgri Iskandria, maka iyalah sa’orang peta lidahnya, dan lagi pun paham akan kitab, iya itu datang kanŭgri Efesus.
25Adapun orang ini tŭlah diajari akan jalan Tuhan, maka sŭbab rajin hatinya, lalu iya mŭmashorkan dan mŭngajar derihal Tuhan, tŭtapi dikŭtahuinya baptisan Yahya sahja.
26Maka dimulainyalah mŭmashorkan dalam kŭnisa dŭngan gagah bŭrani; maka apabila didŭngar ulih Akila dan Priskila, lalu dipanggilnya akan dia, sŭrta diartikannya padanya jalan Allah lebih trus trang.
27Adapun apabila orang itu handak pŭrgi kanŭgri Akaia, maka sagala saudara pun bŭrkirimlah surat dŭngan nasihat kapada sagala murid disana, supaya mŭnyambut dia; maka apabila sampielah iya kŭsana, banyaklah tulongan yang dibrinya kapada sagala orang yang pŭrchaya ulih anugrahnya.
28Kŭrna ditŭmplaknya akan orang Yahudi itu bŭrtalaran dŭngan usaha yang amat sangat, sŭrta ditunjokkannya deri pada kitab, bahwa Isa itu Almasih adanya.

Terpilih Sekarang Ini:

Kesah sagal Rasul 18: KEAS

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk