Kesah sagal Rasul 23
23
FATSAL XXIII.
1SŬBARMULA maka Paulus pun mĹngamat amatilah akan mĹjlis bichara itu sĹrta bĹrkata, Hie tuan tuan dan saudaraku skalian, dĹngan sĹbaik baik pĹrasaan hatiku aku tĹlah bĹrlaku dihadapan Allah sampielah pada masa ini.
2Akan tĹtapi Ananias imam yang bĹsar itu mĹnyurohkan orang yang bĹrdiri disisi Paulus itu mĹnampar mulotnya.
3Maka tĹtkala itu bĹrkatalah Paulus padanya, Ditampar Allah akan dikau, hie dinding yang bĹrlabor puteh; adakah angkau ini dudok supaya mĹnghukumkan aku dĹngan mĹnurot hukum tauret, tĹtapi angkau mĹnyurohkan orang mĹnampar aku mĹlawan hukum itu?
4Maka orang yang bĹrdiri dĹkat itu pun bĹrkatalah, Angkau makikah imam Allah yang bĹsar itu?
5Maka jawab Paulus, Tiada kukĹtahui hie saudaraku, bahwa iya ini imam yang bĹsar adanya, kĹrna ada tĹrsĹbut dalam kitab, Bahwa janganlah bĹrkata jahat akan pĹmĹrentah kaum bangsamu.
6Adapun apabila dikĹtahui ulih Paulus akan orang orang itu sĹtĹngahnya orang Sadukia, dan sĹtĹngahnya orang Farisia adanya, maka bĹrsrulah iya dalam mĹjlis itu, katanya, Hie tuan tuan skalian saudaraku, bahwa aku inilah sa’orang Farisia, anak sa’orang Farisia; adapun aku ini dida’wa deri sĹbab harap akan orang mati dibangkitkan.
7Maka sĹtlah sudah iya bĹrkata dĹmkian, jadilah suatu pĹrbantahan antara orang Farisia dan Sadukia, maka sagala marika itu pun tĹrbahgilah dua.
8KĹrna sagala orang Sadukia mĹnidakkan akan hari kiamat, dan mĹliekat, dan Roh, akan tĹtapi orang Farisia mĹngaku kaduanya.
9Maka riohlah bĹsar swara, lalu bĹrdirilah khatib khatib yang disĹblah orang Farisia, sambil bĹrbantah bantah, katanya, Suatu pun tiada kami mĹndapat salahnya orang itu; maka jikalau kiranya Roh, atau mĹliekat sudah bĹrkata kata kapadanya, maka janganlah kita mĹlawan Allah.
10Adapun apabila jadilah pĹrbantahan bĹsar itu, maka pĹnghulu orang sa’ribu itu pun takotlah akan Paulus itu kalau kalau dikoyak koyak ulih marika itu akan dia; maka disurohlah lashkar turon mĹrĹbut akan dia deri tĹngah marika itu dibawanya kĹdalam kota.
11Maka pada malam yang datang adalah Tuhan halir kapadanya, sĹrta bĹrkata, Hie Paulus, pĹrtĹtapkanlah hatimu, bahwa spĹrti angkau tĹlah bĹrsaksi derihalku diJerusalem, dĹmkianlah juga handaknya angkau bĹrsaksi dinĹgri Rom pun.
12Maka sĹtlah siang hari, adalah bĹbrapa orang Yahudi tĹlah bĹrmufakat dĹngan bĹrsumpah, katanya, tiada marika itu mahu makan dan minum, kalau sĹbĹlom iya mĹmbunoh Paulus.
13Maka banyak marika itu tĹrlebih deripada ampat puloh orang yang sĹfakat sudah mĹmbuat sumpah itu.
14Hata maka pĹrgilah marika itu pada imam yang bĹsar, dan orang tua tua, sĹrta katanya, Kami tĹlah mufakat dĹngan bĹrsumpah yang bĹsar, bahwa tiada kami mahu makan apa apa, kalau sĹbĹlom kami mĹmbunoh Paulus.
15Maka skarang pun handaklah kamu ini bĹrsama sama dĹngan mĹjlis bichara, mĹnyatakan kapada pĹnghulu orang sa’ribu, supaya esok hari dibawa akan Paulus itu kapadamu, sa’olah olah kamu mahu mĹmreksai dia dĹngan slidek baik baik akan hal ahwalnya, maka kami ini adalah sĹdia mĹmbunoh dia dahulu iya sampie kapadamu.
16Maka apabila didĹngar ulih anak saudara pĹrampuan Paulus orang orang itu ada tĹrĹndap, maka datanglah iya masok kĹdalam kota mĹmbri tahu hal itu kapada Paulus.
17Skutika itu dipanggillah ulih Paulus sa’orang pĹnghulu orang sa’ratus, lalu katanya, Bawa orang muda ini kapada pĹnghulu orang sa’ribu, kĹrna ada kapadanya suatu khabar handak disampiekannya itu kapadanya.
18Maka dibawanyalah akan dia kapada pĹnghulu orang sa’ribu, katanya, Bahwa Paulus orang yang tĹrpĹnjara itu tĹlah mĹmanggil aku sĹrta mĹminta supaya aku mĹmbawa orang muda ini padamu, kĹrna ada kapadanya suatu khabar handak dikatakannya itu kapadamu.
19Maka ulih pĹnghulu orang sa’ribu itu dipĹgang tangannya, lalu dibawanya akan dia kasĹblah sa’orang orang, sĹrta bĹrtanya kapadanya, Apakah khabar yang angkau handak mĹngatakan padaku itu?
20Maka jawabnya, Bahwa orang Yahudi tĹlah bĹrmufakat handak mĹminta kapadamu, supaya esok hari angkau mĹmbawa Paulus masok katĹmpat bichara, sa’olah olah marika itu handak mĹmreksai kapadanya dĹngan sĹlidek baik baik deri hal ahwalnya.
21TĹtapi janganlah angkau luluskan kahandak marika itu, kĹrna adalah tĹrĹndap lebih deripada ampat puloh orang yang tĹlah bĹrsumpah atas dirinya, tiada iya mahu makan dan minum, kalau sĹbĹlom marika itu mĹmbunoh akan dia; maka pada skarang pun adalah marika itu mĹnantikan pĹrjanjian deripadamu.
22Arkian maka dilĹpaskan ulih pĹnghulu orang sa’ribu akan orang muda itu pulang, sambil iya bĹrpĹsan, katanya, Bahwa janganlah angkau mĹngatakan pada sa’orang jua pun yang angkau tĹlah mĹnyatakan sagala pĹrkara ini padaku.
23SĹtlah itu dipanggilnyalah dua orang pĹnghulu orang sa’ratus, katanya, Langkapkanlah dua ratus orang lashkar, dan tujoh puloh orang yang bĹrkuda, sĹrta dĹngan dua ratus orang pĹrtikaman pada jam pukol sĹmbilan malam ini, supaya marika itu pĹrgi kaKesaria.
24Maka biarlah marika itu mĹlangkapkan bĹbrapa kaindraan, supaya dinaikkannya Paulus ka’atasnya, sĹrta mĹmbawa dia dĹngan sĹjahtranya kapada raja Felix.
25Maka disuratnya sĹpuchok surat dĹmkian bunyinya:
26Bahwa Klaudius Lysias kirim sĹlam kapada Felix, raja yang amat mulia.
27Bahwa adapun orang ini tĹlah ditangkap ulih orang Yahudi handak dibunohnya akan dia, maka kutika itu datanglah aku dĹngan pasukan lashkar mĹrĹbut akan dia, sĹbab tĹlah kukĹtahui, bahwa iya ini orang Rom adanya.
28Maka tĹtkala aku handak mĹngĹtahui derihal ahwalnya yang ditudoh ulih orang akan dia itu, maka aku bawalah akan dia katĹmpat bichara.
29Maka tĹlah kudapati akan dia ditudohi orang atasnya bĹbrapa sual derihal tauretnya, tĹtapi bukannya salah yang patut dibunoh, atau dibĹlunggu.
30Maka apabila dibri tahu ulih orang akan daku, bahwa orang Yahudi handak mĹngadang akan orang itu, maka dĹngan sĹgranya aku tĹlah mĹnyuroh orang mĹmbawa dia kapadamu, sĹrta kupĹsan kapada sagala lawannya pun supaya dibawanya da’wanya itu pun kahadapanmu; sĹjahtralah kiranya atasmu.
31Arkian maka diambillah ulih sagala lashkar itu akan Paulus spĹrti disurohnya, lalu dibawanyalah akan dia kanĹgri Antipatris pada malam itu.
32Maka pada kaesokkan harinya, sĹtlah sudah dibrinya orang bĹrkuda itu pĹrgi bĹrsama sama dĹngan dia, maka sagala lashkar itu pun kĹmbalilah kĹdalam kota.
33Maka apabila sampielah orang bĹrkuda itu kanĹgri Kesaria, lalu dibrikannyalah surat kapada raja, sĹrta dibawanyalah Paulus mĹngadap kapadanya.
34Maka dĹmi dibacha ulih raja akan surat itu, lalu bĹrtanyalah iya kapadanya, Angkau ini anak nĹgri mana? Maka apabila dikĹtahui raja, bahwa dibĹnua Celisia tĹmpat jadinya;
35Maka bĹrkatalah iya, Aku handak mĹnĹngar akan halmu apabila sagala lawanmu itu datang kĹmari kĹlak. Maka disurohnyalah orang mĹnunggui dia dalam rumah bichara Herodis.
Terpilih Sekarang Ini:
Kesah sagal Rasul 23: KEAS
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
First published by the British and Foreign Bible Society in 1866