Injil Mathius 23
23
FATSAL XXIII.
1PADA tĹtkala itu bĹrkatalah Isa kapada pĹrhimponan orang itu, dan kapada murid muridnya,
2Katanya, Adapun khatib khatib dan orang orang Farisia itu ada dudok diatas korsi Musa.
3SĹbab itu sagala sasuatu yang disurohkannya bĹrbuat, maka pĹrbuatlah ulihmu akan dia, tĹtapi janganlah kamu mĹnurot kĹlakuannya, kĹrna marika itu mĹngatakan sahja, tĹtapi tiada dipĹrbuatnya.
4KĹrna marika itu mĹngikat tanggongan yang brat, dan susah dipikolnya, maka ditarohkannya diatas bahu manusia, tĹtapi marika itu tiada mahu mĹnggrakkan iya itu dĹngan suatu jarinya pun.
5Adapun sagala pĹrbuatannya itu dipĹrbuatnya, supaya dilihat ulih manusia sahja, kĹrna dilebarkannya azimat pada dahinya, dan dipanjangkannya rambu rambu pakieannya.
6Maka sukalah marika itu dudok pada tĹmpat katinggian dalam pĹrjamuan, dan pada kadudokan yang mulia dalam kĹnisa kĹnisa.
7Dan disukainya orang mĹmbri sĹlam dipĹkan pĹkan, dan orang mĹmanggil akan dia Mulana, Mulana.
8TĹtapi janganlah kamu ini dinamai Mulana, Mulana, kĹrna ada sa’orang jua Guru kamu, iya itu Almasih, maka kamu skalian ini bĹrsaudara.
9Janganlah kamu mĹmanggil kapada sa’orang jua pun dalam dunia ini ayah, kĹrna asa jua Ayahmu, iya itu yang ada dishorga.
10Maka janganlah kamu dinamai guru guru, kĹrna sa’orang jua Guru kamu, iya itulah Almasih.
11TĹtapi yang tĹrlebih bĹsar diantara kamu, iya itulah patut mĹnjadi hambamu.
12Maka barang siapa yang mĹninggikan dirinya, iya itu akan dihinakan, dan barang siapa yang mĹrĹndahkan dirinya, iya itu akan ditinggikan.
13¶ TĹtapi karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang Farisia, hie munafik! kĹrna kamu tĹlah mĹngunchikan krajaan shorga itu dihadapan manusia, maka kamu sĹndiri pun tiada masok, dan orang yang handak masok pun tiada kamu bri.
14Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kĹrna kamu makankan sagala harta bĹndah pĹrampuan janda, dan mĹlanjotkan sĹmbahyang dĹngan pura pura, sĹbab itulah kamu akan mĹnĹrima seksa yang tĹrlebih brat.
15Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kĹrna kamu mĹnglilingi laut dan darat, akan mĹnjadi sa’orang mualaf, dan apabila iya jadi dĹmkian, maka kamu jadikan dia pula isi nĹraka, dua kali gandah tĹrlebih deripada kamu sĹndiri.
16Karamlah bagiemu, hie pĹmimpin buta! yang bĹrkata, Jikalau barang sa’orang bĹrsumpah dĹngan nama ka’abah, iya itu tiada mĹngapa; tĹtapi jikalau barang sa’orang yang bĹrsumpah dĹngan nama mas ka’bah, iya itu mĹnjadi fĹrlu.
17Hie orang orang bodoh, dan buta, apakah yang tĹrlebih bĹsar, maskah atau ka’abahkah, yang mĹnjadikan mas itu suchi?
18Dan lagi katamu, Jikalau barang sa’orang yang bĹrsumpah dĹngan nama tĹmpat pĹrsĹmblihan, iya itu tiada mĹngapa; tĹtapi jikalau iya bĹrsumpah dĹngan nama pĹrsĹmbahan yang diatas tĹmpat itu, iya itu mĹnjadi dosa.
19Hie orang orang bodoh, dan buta, apakah yang tĹrlebih bĹsar, pĹrsĹmbahankah, atau tĹmpat pĹrsĹmblihankah, yang mĹnjadikan pĹrsĹmbahan itu suchi?
20SĹbab itu barang siapa yang bĹrsumpah dĹngan nama tĹmpat pĹrsĹmblihan, sĹrasa iya bĹrsumpah dĹngan nama tĹmpat itu, dan dĹngan nama skalian yang diatasnya itu.
21Dan barang siapa yang bĹrsumpah dĹngan nama ka’abah, sĹrasa iya bĹrsumpah dĹngan nama ka’abah, dan dĹngan nama Tuhan yang dudok dalamnya.
22Dan barang siapa yang bĹrsumpah dĹngan nama shorga, maka sĹrasa iya bĹrsumpah dĹngan arash Allah, sĹrta dĹngan nama yang dudok diatasnya itu.
23Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kĹrna kamu mĹmbayar dalam spuloh asa deripada slasih, dan adas manis, dan jintan, tĹtapi kamu laliekan pĹrkara yang tĹrlebih brat hukumnya dalam Tauret, iya itu bĹnar, dan rahmat, dan iman; adapun sagala pĹrkara ini patutlah kamu bĹrbuat, tĹtapi janganlah kamu mĹninggalkan lain pĹrkara itu pun.
24Hie pĹmimpin buta! kuman kamu tapiskan, tĹtapi onta kamu tĹlan bulat.
25Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang Farisia, hie munafik! bahwa kamu mĹnyuchikan luar chawan dan pinggan, tĹtapi dalamnya pĹnoh dĹngan rampasan dan nĹjis.
26Hie orang Farisia yang buta! suchikanlah dahulu dalam chawan dan pingganmu, supaya diluarnya pun bulih suchi.
27Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! bahwa adalah kamu spĹrti kubor yang dilĹbor puteh, sasunggohnya klihatan diluarnya chantek, tĹtapi dalamnya pĹnoh dĹngan tulang orang mati, dan sagala jĹnis chĹmar.
28Maka dĹmkianlah adanya kamu ini klihatan diluar bĹnar pada manusia, tĹtapi dalamnya pĹnoh dĹngan munafik, dan kĹjahatan.
29Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kĹrna kamu mĹmbaikki kubor sagala nabi nabi, dan mĹnghiasi kubor sagala orang yang bĹrbakti;
30Sambil kamu bĹrkata, Jikalau kiranya ada kami pada tĹtkala zaman nenek moyang kami, nĹschaya tiadalah kami sĹdaya dĹngan marika itu mĹnumpahkan darah nabi nabi itu.
31DĹmkianlah kamu juga mĹnjadi saksi atas diri kamu, bahwa kamulah anak chuchu yang tĹlah mĹmbunoh nabi nabi.
32Bahwa chukopkanlah ulihmu sukatan nenek moyangmu itu.
33Hie ular, dan kĹturonnan ular yang bisa! bagimanakah kĹlak kamu bulih lĹpas lari dirimu deripada seksa nĹraka itu?
34SĹbab itulah, bahwa aku akan mĹnyurohkan kapadamu bĹbrapa nabi, dan pĹndita, dan guru, maka sĹtĹngah deripada marika itu kamu akan mĹmbunoh dĹngan rĹgang, dan sĹtĹngah deripada marika itu kamu sĹsah dĹngan jari ampi dalam kĹnisa kĹnisa kamu, dan kamu akan mĹnghambat dia deripada sabuah nĹgri kasabuah nĹgri.
35Supaya tĹrtanggonglah ka’atasmu sagala darah orang yang bĹnar itu yang tĹlah tĹrtumpah diatas bumi, iya itu deripada darah Habil, orang yang bĹnar itu, sampielah kapada darah Zakaria anak Barakia, yang tĹlah kamu bunoh diantara ka’abah dĹngan tĹmpat pĹrsĹmblihan.
36Sasunggohnya juga aku bĹrkata padamu, bahwa sagala pĹrkara ini akan bĹrlaku juga dalam zaman orang ini.
37Hie Jerusalem, Jerusalem, yang mĹmbunoh sagala nabi, dan mĹrĹjam sagala orang yang disurohkan kapadamu, maka adalah bĹbrapa kali sudah aku handak mĹnghimpunkan anak anak kamu, spĹrti sa’ekor ibu ayam yang mĹnghimpunkan anak anaknya kabawah kĹpaknya, maka tiada kamu mahu.
38Bahwa sasungguhnya kĹlak tĹmpat kĹdiamanmu itu akan mĹnjadi sunyi sĹnyap.
39Bahwa aku bĹrkata padamu, deripada waktu ini, tiadalah dapat kamu mĹlihat aku lagi, sampie kamu bĹrkata, BĹrbahgialah orang yang datang dĹngan nama Tuhan.
Terpilih Sekarang Ini:
Injil Mathius 23: KEAS
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
maintained by the British and Foreign Bible Society