Injil Mathius 22

22
FATSAL XXII.
1SŬBARMULA maka bŭrkata Isa pada marika itu pula dŭngan bŭbrapa pŭrumpamaan;
2Katanya, Krajaan shorga itu adalah saumpama dŭngan sa’orang raja yang tŭlah mŭmbuat pŭrjamuan kahwen anak laki lakinya.
3Maka disurohnyalah hamba hambanya pĹ­rgi panggil orang orang yang dijĹ­mpot itu datang kapada pĹ­rjamuan kahwen itu, maka tiadalah marika itu mahu datang.
4Maka disurohnya pula hamba hambanya yang lain, katanya, Katakanlah kapada orang orang yang dijĹ­mpot itu, bahwa sasungguhnya aku tĹ­lah sĹ­diakan sajianku, dan lĹ­mbuku, dan binatangku yang gĹ­mok gĹ­mok itu tĹ­lah kusĹ­mbleh, maka skaliannya itu tĹ­lah sĹ­dialah; marilah kamu kapada pĹ­rjamuan kahwen.
5Tŭtapi tiada juga diindahkan ulih marika itu, maka masing masing pŭrgilah kŭsana sini, sa’orang kŭladangnya, dan sa’orang kapada pŭrniagaannya.
6Maka sĹ­tĹ­ngah orang lain pula mĹ­nangkap hambanya itu, dibuatnya buta tuli akan dia, sĹ­rta dibunohnya.
7Apabila didĹ­ngar ulih raja itu akan hal yang dĹ­mkian, maka morkalah iya, sĹ­rta disurohkannya rayat prangnya pĹ­rgi mĹ­mbinasakan orang yang mĹ­mbunoh itu, dan bakar nĹ­grinya.
8TĹ­tkala itu, maka bĹ­rkatalah raja itu kapada hambanya, Sungguh pun pĹ­rjamuan kahwen ini sudah sĹ­dia, akan tĹ­tapi orang orang yang tĹ­lah dijĹ­mpot itu tiada layak akan dia.
9SĹ­bab itu pĹ­rgilah kamu kapada sempang sempang jalan, maka sĹ­banyak orang yang kamu bĹ­rtĹ­mu, jĹ­mpotlah marika itu datang kapada pĹ­rjamuan kahwen ini.
10KĹ­lakian maka kluarlah hamba hambanya pĹ­rgi sĹ­gĹ­nap sempang sempang jalan, lalu dihimponkannyalah sagala orang yang didapatinya deripada orang yang jahat dan yang baik, sahingga sĹ­saklah pĹ­rjamuan kahwen itu pĹ­noh dĹ­ngan jamunya.
11Maka apabila masoklah raja, sŭbab handak mŭlihat sagala jamunya itu, maka didapatinya diantara marika itu, sa’orang yang tiada mŭmakie pakiean yang layak pada pŭrjamuan kahwen itu.
12Maka bĹ­rkatalah raja padanya, Hie sahabatku, bagimana angkau masok kĹ­mari dĹ­ngan tiada mĹ­makie pakiean yang layak kapada pĹ­rjamuan kahwen ini? Maka diamlah iya.
13TĹ­tkala itu, maka bĹ­rkatalah raja kapada hamba hambanya, Ikatlah kaki tangannya ini, bawa pĹ­rgi, tolakkan iya itu kadalam gĹ­lap yang jauh skali deripada trang, maka disanalah ada tangis tangisan, dan gĹ­rtak gigi.
14KĹ­rna banyaklah orang yang dipanggil, tĹ­tapi sĹ­dikitlah orang yang dipileh.
15Maka pada tĹ­tkala itu juga pĹ­rgilah orang Farisia itu bĹ­rmufakat sama sĹ­ndirinya, bagimanakah bulih ditangkapnya akan dia dĹ­ngan pĹ­rkataan.
16Disurohlah ulih marika itu akan murid muridnya bŭrsama sama dŭngan orang Herodis pŭrgi kapada Isa bŭrkata, Hie guru, kami kŭtahui, bahwa angkau bŭnar, dan mŭngajar jalan Allah itu dŭngan sŭbŭnarnya, maka tiada angkau indahkan sa’orang jua pun, kŭrna tiada angkau mŭmandang muka orang.
17SĹ­bab itu katakanlah pada kami, bagimanakah sangkamu, patutkah kami mĹ­mbayar ufti kapada Keisar atau tidak?
18TĹ­tapi dikĹ­tahui Isa kĹ­jahatannya itu, lalu dijawabnya, MĹ­ngapa angkau mĹ­nchobai aku, hie orang munafik.
19Tunjoklah kapadaku wang ufti itu; maka dibawakannyalah kapadanya suatu dinar.
20Maka bĹ­rtanyalah Isa pada marika itu, Gambar siapa dan chap siapa ini? Maka jawab marika itu padanya, Keisar punya.
21TĹ­tkala itu, bĹ­rkatalah Isa pada marika itu, Bayarlah ulihmu kapada Keisar, barang yang Keisar punya, dan kapada Allah barang yang Allah punya.
22DĹ­mi didĹ­ngarnya itu, maka hieranlah marika itu, lalu ditinggalkannya akan dia, sĹ­rta bĹ­rjalan.
23¶ Maka pada hari itu juga datanglah kapada Isa orang Sadukia, yang mŭnyangkalkan orang mati kŭlak akan dihidopkan pula:
24Lalu bŭrtanya, Hie Guru, bahwa Musa tŭlah bŭrkata, jikalau sa’orang mati dŭngan tiada mŭninggalkan anak, maka patutlah saudaranya laki laki itu pula pŭristrikan bininya itu, supaya mŭnimbolkan baka saudaranya.
25Bahwa disini adalah tujoh orang bĹ­rsaudara laki laki, maka yang pĹ­rtama sĹ­tlah sudah iya kahwen, maka matilah iya, tĹ­tapi tiada iya mĹ­ninggalkan baka, maka ditinggalkannya bininya itu kapada saudaranya.
26Maka dĹ­mkian juga hal saudaranya yang kadua, dan katiga, sampielah yang katujoh.
27Hata kumdian deripada skaliannya itu, matilah pula pĹ­rampuan itu.
28Maka diakhirat kĹ­lak siapakah ampunya bini dalam tujoh orang itu akan pĹ­rampuan itu? kĹ­rna skaliannya tĹ­lah mĹ­mpĹ­ristrikan dia.
29Maka disahut Isa sĹ­rta bĹ­rkata pada marika itu, Kamu ini salah, sĹ­bab tiada mĹ­ngarti kitab dan kwasa Allah.
30KĹ­rna diakhirat kĹ­lak tiada orang kahwen, dan tiada orang dikahwenkan, mĹ­lainkan iya itu spĹ­rti mĹ­liekat Allah dalam shorga adanya.
31Adapun akan hal orang dihidopkan deripada matinya, bukankah kamu tĹ­lah mĹ­mbacha barang yang dikatakan Allah kapada kamu?
32Katanya, Bahwa aku Allah Ibrahim, dan Allah Isahak, dan Allah Yakob; adapun Allah itu bukannya Allah orang yang mati, mĹ­lainkan bagie orang yang hidop.
33Maka apabila didĹ­ngar ulih orang banyak, lalu hieranlah iya, sĹ­bab pĹ­ngajarannya itu.
34¶ Adapun sŭtlah didŭngar ulih orang Farisia, bahwa Isa tŭlah mŭmatikan mulot orang Sadukia, maka bŭrhimponlah marika itu bŭrsama sama.
35Maka bŭrtanyalah sa’orang Pŭndita Tauret yang ada diantara marika itu, handak mŭnchobai akan Isa.
36Katanya, Hie Guru, yang manakah dia hukum yang lebih bĹ­sar adanya dalam Tauret?
37Maka bĹ­rkatalah Isa padanya, Bahwa handaklah angkau mĹ­ngasihi Tuhan Allahmu itu dĹ­ngan sĹ­gĹ­nap hatimu, dan dĹ­ngan sĹ­gĹ­nap jiwamu, dan dĹ­ngan sĹ­gĹ­nap akalmu.
38Inilah hukum yang pĹ­rtama, dan yang lebih bĹ­sar adanya.
39Maka hukum yang kadua adalah sbagienya, maka handaklah angkau mĹ­ngasihi akan samamu manusia spĹ­rti angkau mĹ­ngasihi dirimu sĹ­ndiri.
40Dalam hukum kadua inilah bĹ­rgantong sagala tauret, dan sagala surat nabi nabi.
41¶ Adapun sŭtlah bŭrhimponlah orang Farisia bŭrsama sama, maka bŭrtanyalah Isa pada marika itu;
42Katanya, Apakah sangka kamu akan Almasih itu, anak siapakah dia? Maka jawab marika itu akan dia, Daud punya.
43Maka bĹ­rkatalah iya pada marika itu, Kalau bĹ­gitu, bagimanakah Daud sĹ­ndiri dĹ­ngan ilham roh mĹ­nyĹ­but akan dia itu, Tuhan.
44Katanya, TUHAN tĹ­lah bĹ­fĹ­rman pada Tuanku, Dudoklah angkau disĹ­blah kananku, sahingga aku mĹ­narohkan sagala sĹ­trumu itu akan jadi alas kakimu adanya.
45SĹ­bab itu, jikalau Daud mĹ­nyĹ­but dia Tuan, bagimanakah iya itu bulih mĹ­njadi anaknya?
46Maka sapatah kata pun tiadalah dapat disahut ulih sa’orang jua pun akan dia, maka deripada hari itulah sa’orang pun tiada brani bŭrtanya kapadanya lagi.

Terpilih Sekarang Ini:

Injil Mathius 22: KEAS

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk