Logo Apl Bible
Ikon Carian

MATIUS 27:1-7 - Bandingkan Semua Versi

MATIUS 27:1-7 BM (Alkitab Berita Baik)

Pada pagi-pagi sekali, semua ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi membuat keputusan untuk membunuh Yesus. Mereka mengikat Yesus, lalu membawa Dia pergi untuk diserahkan kepada Pilatus, gabenor kerajaan Roma. Apabila Yudas, pengkhianat itu tahu bahawa Yesus telah dijatuhi hukuman mati, dia menyesal. Lalu dia mengembalikan tiga puluh keping wang perak itu kepada para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi. Dia berkata, “Aku sudah berdosa kerana mengkhianati orang yang tidak bersalah sehingga dihukum mati!” Tetapi mereka menjawab, “Kami tidak peduli! Itu urusanmu!” Yudas melempar wang itu ke dalam Rumah Tuhan lalu meninggalkan mereka. Kemudian dia pergi menggantung diri. Para ketua imam memungut wang itu dan berkata, “Wang ini upah seorang pembunuh. Menurut Taurat kita, wang ini tidak boleh dimasukkan ke dalam peti persembahan di Rumah Tuhan.” Setelah bersetuju, mereka menggunakan wang itu untuk membeli tanah yang disebut Tanah Tukang Periuk. Tanah itu digunakan sebagai perkuburan orang bukan Yahudi.

MATIUS 27:1-7 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Setelah siang, semua ketua imam dan tua-tua berpakat untuk membunuh Yesus. Mereka menyuruh orang mengikat-Nya. Kemudian mereka membawa-Nya lalu menyerahkan-Nya kepada gabenor, Pontius Pilatus. Apabila Yudas yang mengkhianati-Nya melihat bahawa Yesus telah dijatuhi hukum mati, dia menyesali perbuatannya lalu mengembalikan tiga puluh keping wang perak ke hadapan ketua-ketua imam dan tua-tua. Yudas berkata, “Aku berdosa menyebabkan tumpahnya darah orang yang tidak bersalah.” Kata mereka, “Apa kami peduli? Tanganilah sendiri!” Yudas pun mencampakkan keping-keping wang perak itu ke dalam Bait Suci lalu pergi menggantung dirinya. Ketua-ketua imam memungut wang perak itu lalu berkata, “Menurut hukum, kita tidak boleh memasukkan wang ini ke dalam perbendaharaan rumah ibadat, kerana wang ini harga darah.” Mereka bermesyuarat lalu menggunakan wang itu untuk membeli ladang tukang tembikar bagi dijadikan tempat perkuburan orang asing.

MATIUS 27:1-7 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

MAKA apabila datanglah pagi hari, lalu bŭrbicharalah imam bŭsar, dan orang orang tua tua deripada kaum itu deri hal Isa, supaya dibunohnya akan dia. Maka sŭtlah sudah diikatnya, maka dibawanyalah sŭrta disŭrahkannya dia kapada Raja Pontius Pilatus. ¶ Apabila dilihat ulih Yudas yang mŭnyŭrahkan dia, bahwa sudah tŭntu hukum Isa itu, maka mŭnyŭsallah iya akan dirinya, lalu dikŭmbalikannyalah tiga puloh kŭping perak itu kapada imam imam yang bŭsar, dan orang tua tua itu. Katanya, Aku sudah bŭrdosa, sŭbab tŭlah mŭnyŭrahkan darah orang yang suchi deripada salah itu. Maka dijawab ulih marika itu, Apa kami pŭduli, itu pulanglah kapadamu. Sŭtlah sudah dichampakkan ulih Yudas kŭping perak itu dalam ka’abah, maka kluarlah iya pŭrgi mŭnggantong dirinya. Maka diambillah ulih imam imam bŭsar kŭping kŭping perak itu, sŭrta bŭrkata, Tiadalah patut dimasokkan wang ini kadalam pŭrbandaharan, kŭrna iya ini harga darah adanya. Maka sŭtlah sudah marika itu mufakat, maka diblikannyalah dŭngan wang itu suatu tanah tukang priok blanga, iya itu dijadikannya tŭmpat pŭkuboran sagala orang orang dagang.