ROMA 4:20-21
ROMA 4:19-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada waktu itu umur Abraham sudah hampir seratus tahun. Dia tahu bahawa dia tidak mungkin mendapat keturunan, kerana badannya sudah sangat tua dan Sara, isterinya mandul. Tetapi walaupun demikian, dia tidak ragu akan janji Allah, dan imannya pun tidak menjadi lemah. Sebaliknya imannya menjadikan dia bertambah kuat, dan dia memuji-muji Allah. Abraham betul-betul yakin bahawa Allah sanggup melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya.
Kongsi
Baca ROMA 4ROMA 4:20-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tiada juga iya bŭrgŭrak deripada pŭrjanjian Allah dŭngan korang imannya, mŭlainkan tŭgohlah imannya sambil mŭmuliakan Allah. Maka yakinlah juga iya sangat, iya itu bahwa Allah bŭrkwasa akan mŭnyampiekan pŭrkara yang tŭlah dijanjikannya itu.
Kongsi
Baca ROMA 4