Info Pelan

Mengalami Pembaharuan AllahSampel

Experiencing God's Renewal

HARI 3 DARIPADA 5

Fikiran sering dikatakan taman permainan iblis. Terdapat banyak kebenaran dalam pernyataan tersebut kerana banyak peperangan rohani yang kita harungi menentang musuh kita berlaku di dalam fikiran. Musuh rohani kita mungkin terus mengingatkan kita akan rasa bersalah tentang dosa lampau kita atau keinginan terhadap ketagihan yang belum ditangani sepenuhnya. Barangkali, ia membisikkan kata-kata negatif yang menimbulkan keraguan tentang iman anda atau keupayaan anda untuk mencapai apa yang telah diniatkan oleh Allah bagi anda. Lakukanlah seperti yang dinyatakan dalam Roma 12:2 pada hari ini dan benarkan Allah untuk mengubah anda melalui pembaharuan fikiran anda. Pada hari ini, berdoalah dan memohon agar Allah melenyapkan fikiran negatif yang terus dimasukkan oleh musuh rohani kita ke dalam fikiran anda dan benarkanlah Allah untuk memperbaharui fikiran anda serta menggantikan kenegatifan itu dengan kejelasan dan kesucian. Benarkan Allah untuk membantu anda melawan peperangan dalam fikiran anda dan memperoleh kemenangan.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Experiencing God's Renewal

Menjadi ciptaan yang baru dalam Kristus bermaksud kita diperbaharui secara berterusan melalui-Nya. Allah memperbaharui hati, minda, dan tubuh kita. Dia juga memperbaharui tujuan kita. Dalam pelan bacaan selama 5 hari ini...

More

We would like to thank LifeChurch.tv for providing this plan. For more information, please visit: www.lifechurch.tv

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami